Saturday, October 27, 2007

Tifu-tifu tak baik tau...

Cerita pasal hari tu, pasal tawaran kerja tu la.... sarahmirza rasa nak lupakan sahaja offer. Terukan, langsung tak call pun company tu beritahu yang sarahmirza tak jadi nak join dia. Ada kawan nasihatkan sarahmirza ambil je offer tu, bila dapat offer lain yang lagi handsome, bagi je alasan tak dapat NOC dari current company. Eh, pandai pulak kawan sarahmirza tu, betul jugakan tapi macam tak syok je nak tifu-tifu macam tu. Sarahmirza fikir lain pulak, kalau betul company tu nak orang, mesti dia call sarahmirza tanya kenapa tak datang2 ambil offer letter & sign, haaaaa...........time tu la kita demand. Hehehe..
Hari ini sarahmirza mulakan kerja dengan semangat, apa taknya 8 hari bekerja site ni sunyi sepi, cuma ada tak sampai 50 orang pun labor yang kerja. Hari ini, mmmmmmmmmm.....ramainya. Semua tempat ada orang kerja, approximately about 600++ labor datang kerja hari ini ! Petanda baikkan..
Ada la yang nak diceritakan tapi baik sarahmirza simpan dulu. Nanti cerita2 tak jadi malu la pulak. Hehehe..

Wednesday, October 24, 2007

saya sedang mencari kerja..........

saya sedang mencari kerja..........dan saya dah dapat kerja.


saya sedang berfikir adakah saya perlu terima tawaran kerja itu.

saya sedang berfikir adakah saya perlu tinggalkan syarikat yang saya sudah berkhidmat selama 8 tahun ini genap 1st Nov 2007 nanti.

saya sedang berfikir adakah saya perlu menunggu tawaran kerja yang lebih menarik lagi.


saya terfikir, bukankah dulu saya beriya hantar CV dan pergi interview 2 kali di syarikat ini untuk memastikan saya dapat tawaran kerja ini?

permintaan sudah dipenuhi, saya di tawarkan kerja tapi kenapa saya berkira-kira untuk terima pula?


sebab.......


1. package yang diberikan tak menarik, below my expectation & below market. Tapi kalau fikirkan long term, saya boleh berkhidmat dengan syarikat ini selama mana saya berkhidmat dengan syarikat sekarang. Syarikat sekarang ini pun dulu offer saya kerja dengan tawaran gaji di bawah market semasa tapi saya terima juga, dari gred graduate trainee ke gred saya berada sekarang.


2. tempat kerja yang jauh dari tempat saya berada sekarang. Saya kena pindah apartment dan pindahkan alif dari sekolah dia sekarang. Saya akan hadapi masalah untuk menghantar Boy ke rumah baby sitter sebab jarak yang semakin jauh dan traffic jam yang terpaksa saya tempuhi. Jika saya terima kerja ini bermakna saya terpaksa bermula dari zero, cari apartment, survey sekolah untuk alif & cari baby sitter baru ! Baby sitter baru yang menjadi masalah utama saya nanti.


3. saya masih lagi menunggu tawaran dari .......... adakah package mereka lebih menarik hati saya atau sama seperti yang saya dapat dari syarikat sekarang ini? Saya masih boleh menerima.


4. ada sebab yang terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan umum. :-)


saya di minta datang ke syarikat baru itu hari ini untuk mengambil & menandatangani tawaran menerima kerja ini. Saya masih lagi berfikir sehingga kini.

Friday, October 12, 2007

pagi raya ..........

Sekarang jam 6:03am, hari Jumaat & pagi raya pertama di sini. Pertama kali di pagi raya sarahmirza menghadap laptop, surf internet & menaip cerita di blog! Selamat Hari Raya ! Dari masjid dah terdengar takbir raya yang langsung berbeza nadanya dari takbir raya di tanahairku. Kali ke 3 berhari raya di tanah arab, syukur alhamdulillah merasa juga sarahmirza habiskan Ramadhan tahun ini dan menyambut raya.

Sekejap lagi kami akan bersiap-siap. My darling cadang nak sembahyang hari raya di masjid berdekatan sahaja. Sarahmirza pula macam biasa akan prepare apa2 yang patut. Kebiasaan tradisi di pagi raya, bersalaman, makan & kunjung mengunjung ke rumah kawan. Hari ini, ada 2 tempat yang na kami tuju, rumah seorang kawan yang dalam kemurungan & kedutaan di Abu Dhabi. 1st raya kami nak beraya di kedutaan, saja nak buat sibuk2 selain makan apa yang dihidangkan.

Selamat Hari Raya !

Dalam masa kita bergembira bersama keluarga, ingatlah mereka yang sedang berduka.

Tuesday, October 09, 2007

selamat hari raya......

Sekejap sahaja, pejam celik dah nak raya pun. Tak terasa betul Ramadhan tahun ni, tahu2 je dah nak raya. Awal Ramadhan hari tu sempat juga puasa di Malaysia & tahun ini buat kali ke 3 beraya di negara orang. Balik semula kerja pun orang lain dah mood nak balik beraya. Gue pulak takde mood nak kerja & beraya.

Apapun Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga ceria di Aidil Fitri.

Sunday, October 07, 2007

arghhhh...i dun want to go to work !

arghhhh...i dun want to go to work ! Tapi KENA pergi juga.........Semalam 1st day kerja lepas cuti 60hari........ya rabbi, tak selesa langsung duduk office baru dalam building under construction tu, kecoh !