Tuesday, February 26, 2008

Entry sebelum lunch...

Khamis ni gue cuti, nak pergi tengok konsert Alif. 2 hari lepas dah hantar form cuti ke SCM, dia tanya "What happened?" Gue jawab "I need a break". Hahaha, macam busy gila kerja hari2. Sejak kerja dengan company baru ni; Contractor cum Client, beban kerja tak berat sangat. Gue sempat lagi berpoya-poya di cyber. Yang penting kerja siap, report hantar.

Seminggu dua ni gue buat2 busy buat kerja orang lain. Macam biasalah, semua department merungut pasal terpaksa cover kerja department satu ni. Entahlah, nak buat macam mana, kita orang kan baik belaka. Draft dah gue submit unofficial ke Consultant dan dah balik semula pun ke gue. Macam2 consultant tu minta info, calculation, sketches, plans etc. Yang mana dah ada gue selitkan je kat mana2, yang tak ada tu yang gue kena ke sana ke mari minta info dari department lain. Itu yang gossipping sana sini pasal department satu ni. Hehehe.

Tak apalah, bukan semua orang perfect. Time tak sibuk bolehlah gue bantu membantu buat karangan dia. Teringat masa study dulu, buat thesis pasal Hingar. Habis gue goreng mengarang, buat field work, cipta formula dan akhirnya lecturer Doktor J bagi reward A. Siap mintak soft copy thesis gue lagi, masa tu cuak juga sebab gue ada tipu dalam reading sebab nak dapatkan curve cantik dan terbitkan formula baru. Doktor J kata dia nak study lagi gue punya thesis dan formula tu dan nak terbitkan jurnal. "Nanti I letak nama you sekali", dia janji macam itulah tapi tak kisahlah, janji dah dapat A.

Hari ini gue bosan, mamat Syria kerja IT tu blocked youtube. Bukan youtube je, banyak benda yang tak boleh nak download. Eh, gue bukan selalu pun nak download itu ini, setakat buka, baca, reply and kadang2 forward email je, baca paper, baca gossip dah la. Yang rajin nak download macam2 ni biasanya minah2 pinoy kerja clerk tu. Bosan betul. Nasib baik beruang baik hati download macam-macam lagu dan save kan dalam WD external hard drive gue. Macam2 lagu ada, sampai lagu arab pun dia download juga. Thanks beruang, hehehe.

Saja nak letak gambar site tempat kerja gue untuk tatapan sendiri. Hehehe

No comments: