Friday, February 22, 2008

Picnic - Zaabeel Park

Glamour betul Zaabeel Park di kalangan kami. Walau ada Creek Park, pilihan kami tetap Zaabeel Park. Ramai juga yang ikut sama berpiknik jumaat lepas, termasuk ex-boss gue yang suatu masa dulu gue tulis dalam blog ni komplen dia poyo tuh. Hehehe...Sorry boss, kita dah PEACE kan sekarang, dah tak kerja sama company kan.

Makanan? Kami buat konsep 'pot-luck'. Masing2 bawa makanan sendiri. Macam2 makanan ada hari tu, dari ayam goreng KFC sampai ke kima dan capatti. Sekali sekala kumpul macam ini memang seronok, maklumlah jauh dari kampung. Budak2 lagi suka sebab bebas berlari sana sini tendang bola. Atas ni nasi dengan kari ayam yang gue bawa dari rumah.

Seperti biasa, Alif jadi cameraman. Banyak gambar dia ambil dan banyak yang gue edit. Macam biasa, dia nak tengok gambar yang dia ambil dalam komputer, so gue letak dalam blog ini.


Ini gambar mak2 yang sibuk mengadap makanan dari mula bentang tikar sampai nak lipat tikar balik. Hehehe


Yang ini, Boy dan Andy. Background belakang tu bukan gue, abaikan.

Oh, siapakah perempuan ini yang maintain bergaya sekali ?

No comments: