Thursday, March 06, 2008

Alif's concert


Terasa lama pula tak update blog. Banyak nak diceritakan tapi kemalasan tu berada di tahap melampau sekarang ni. Sejak khamis lepas gue tidur awal, seawal Boy. Bangun pula macam biasa juga. Makan malam pun tak sempat apalagi nak memasak segala. Lelaki2 di rumah gue bagi makan nasi dengan chicken kaddai yang gue tapau dari kedai Pakistan.

Khamis lepas kami ke konsert Alif. Teringat zaman sekolah dulu ada satu hari yang di sebut hari kantin. Hari di mana kita orang budak2 sekolah sibuk jual macam2 makanan dan jual beli pulak guna kupon. Macam itu juga la kaedahnya kat sekolah Alif hari tu, pukul 4pm dah start berjual beli makan2, lepas maghrib pukul 6:30pm start konsert. Punya la sabar tunggu turn Alif naik pentas, dari satu show ke satu last2 Alif naik juga pentas jadi turtle. Hehehe, kelas dia buat tarian little mermaid, life underwater. Disebabkan pentas ni kat open space, mak ayah orang lain sibuk penuhkan tepi2 pentas dan depan pentas duduk bawah nak tengok dari dekat. Tak dapat gue nak sibukkan diri ke depan ambil gambar dari dekat, dari seat baris ke 3 dari depan je la ambil gambar.








Barisan pengacara malam itu. Yang hujung tu Yana.





My little turtle



Dwarf. Gambar Snow White tak sempat nak ambil pulak.



Beauty and the beast.


Cepatnya masa berlalu, kadang2 terasa macam tak percaya je dah turn gue ke sekolah tengok konsert anak. Next semester kami cadang nak masukkan Mirza pula ke sekolah. Kalau ikut sekolah sini, dia memang dah boleh masuk sekolah pun. Next August dah cukup 3tahun 2 bulan umur dia, dah memang patut masuk kelas KG1. Masa Alif dulu kami sengaja lewatkan setahun sebab biasalah, anak sulung ni orang kata semuanya eksperimen. Dari pengalaman besarkan anak sulung ini la kami belajar besarkan anak ke 2 dan 3. Seawal 3 tahun, risau gue nak lepaskan Alif ke sekolah sendiri, apalagi nak hantar dia naik bas ke sekolah. Sampai umur dia 4 tahun, awal semester ke sekolah, pergi balik sekolah kami hantar dan ambil sendiri, masuk semester 2, tengok dia OK dan boleh nak berkawan baru gue bagi dia naik bas ke sekolah. Itupun lepas tanya Alif sendiri dia nak naik bas ke tidak dan dia mengangguk nak. So hari pertama semester ke 2, macam biasa hantar dia ke sekolah dan terus register dan bayar yuran bas sekolah. Siap pesan lagi kat Alif, “hari ini balik school naik bas dengan uncle Francis”. Malam tu, bangga sungguh Alif beritahu gue dia balik sekolah naik bas dan sejak itu setiap kali bangun pagi dari hari Ahad sampai ke Sabtu dia akan cakap nak ke sekolah naik green bus. Kalau kat Malaysia, rasanya takkan terlintas langsung dalam kepala nak biarkan anak2 gue pergi balik sekolah naik bas, walau bas sekolah sekalipun. Oh tidak, biar gue hantar dan ambil dia orang sampai habis sekolah darjah 6. Malaysia tak selamat!

Alif, sibuk dia nak bergambar dengan logo sekolah dia.



No comments: