Monday, March 10, 2008

Sendiri mahu ingat...

2 hari lepas my darling bercerita pasal seorang pak arab, nada dia bercerita macam meluat je. Kisahnya berlaku dalam lift flat kami, dari mula tunggu lift sampai masuk lift. Masa tunggu lift, perempuan arab tu dah start pandang2 my darling yang sorang2 angkat kotak pinggan mangkuk Corelle yang gue baru beli. Dalam lift, perempuan arab tu tolong press button level mana dan tegur sapa my darling. Pak arab suami dia masa tunggu lift punyalah mesra gurau senda dengan isteri dia, bila tengok isteri dia tegur my darling, dalam lift tu juga dia membebel bahasa arab kat isteri dia, siap nada marah2 macam tak puas hati je, jealous agaknya.

My darling kata, "Bini baru tegur lelaki lain depan mata dia dah jealous. Yang dia ke hulu ke hilir mengorat dan bawa perempuan apa dia ingat bini dia tak pandai jealous juga? Memang kena bini dia buat macam tu, sendiri makan pengat sendiri mahu ingat la."

Tak sengaja gue tergelak, tahu juga dia pasal pengat tu. Hehehe..

No comments: