Saturday, May 31, 2008

Semalam yang hangat...

Seperti yang dijanjikan, seawal pagi kami dah bersiap2 nak ke zoo. Pagi Khamis masa nak naik bas sekolah Alif sekali lagi dah beritahu nak pergi zoo. So, pagi Jumaat semalam gue bangun awal dah siap2 berkemas nak ke zoo Al Ain. Kali terakhir kami ke Zoo iaitu Zoo Dubai tahun 2006 kalau tak silap.

So, semalm memang beriya kami melayan Alif nak ke Zoo. Nak tengok monkey, tiger, lion dan macam2 binatang dia sebut termasuk hen. Dia nak tengok ayam kat zoo, hahahaha. Layan sahajalah. Sepanjang jalan excited dia tanya bila nak sampai dan gue kata jauh lagi. Siap ajak berhenti kat pump minyak suruh isi minyak lagi padahal kami tahu, bila berhenti kat mana2 pump minyak sure dia sibuk nak masuk mart, nak beli snack. Mmmmmmm, kebiasaan yang dibiasakan dari dulu2 sampai jadi macam kemestian pula bagi Alif. Sekarang kami tengah biasakan jangan asyik singgah mart je.


Musim panas berjalan Alif sibuk keluarkan cermin mata dia, macam biasa bila tengok ayah pakai cermin mata hitam (ahaks, skema bahasa) dia pun sibuk juga nak pakai. Bila Alif sibuk, Mirza pun sibuk juga. Dia nak juga dan kami lupa Mirza tak pernah ada cermin mata. Masa zaman belikan cermin mata Alif ni, mana Mirza sibuk benda2 macam itu. Sekarang dia nak juga dan ayah terpaksa la berkorban bagi pinjam ke Mirza.





Tu dia handsome boy kami dengan cermin mata hitam ayah.





Boy dah besar sekarang tapi dia malas nak jalan.





Masa ambil gambar ni, Alif kata dia buat muka monkey. Mmmmm.....


Perjalanan kami ke zoo tak sampai sebenarnya semalam. Jam 9am, suhu dah naik ke 38 degree C dan akan terus meningkat sampai 40++ macam biasa. Lepas je Dubai Outlet Mall, aircond kereta buat hal. Kami semua kepanasan walau dah set aircond ke suhu paling rendah sekali. Disebabkan semua orang dah merungut kepanasan kecuali Boy, kami pun ambil keputusan patah balik dan terus ke workshop. Kereta masuk workshop dan akan siap esok sahaja sebab hari Jumaat mekanik tak nak kerja walaupun dia memang tinggal kat workshop tu. So, planned ke zoo cancell!


Kami akhirnya bermalas-malasan di rumah sampai ke petang.


Kasihan Alif, terpaksa tunggu next Jumaat lagi. Gue beritahu dia kita pergi Zoo Dubai sahaja. Maybe sempat balik kerja pergi. So, teringat gue dulu ada ambil gambar kat entrance Zoo Dubai. Nak tengok waktu buka pukul berapa sampai berapa dan jawapannya....


Nampaknya Jumaat depan je dapat pergi Zoo.





No comments: