Saturday, June 07, 2008

Zoo DUBAI

Akhirnya, sampai juga kami ke Zoo. Walaupun planned asal nak ke zoo Al Ain tapi Alif tetap puas hati juga dapat ke zoo; bagi dia tak kisah zoo Al Ain ke atau zoo Dubai, janji ZOO! Sebelum ke zoo kami sempat melawat Ani & baby Adriana Sofea.....lupa nak tanya Ani nama manja baby dia.

Kami sampai zoo dalam pukul 4:20pm, suhu waktu itu 38degree. Mirza tidur, kami angkat letak dia dalam stroller pun dia tak sedar. Dalam kehangatan petang itu, kami masuk ke zoo yang agak sibuk juga. Ingatkan kami je yang beriya nak ke zoo musim panas ni, rupanya ramai lagi orang yang suka nak ke zoo.




Gambar pertama Alif ambil dalam zoo. Disebabkan ketinggian yang tak mencukupi maka berpuas hati sahajalah dengan gambar flamingo yang berlatardepankan grill besi. Hahaha...

Alif tengah tengok lion. Dia marah2 tak puas hati dia sebab lion tengah tidur. Opst, si baju putih satu lagi ittew suamiku...






Alif yang berpeluh kepanasan, tak apa....dapat pergi zoo.

Banyak gambar Alif ambil masa dalam zoo. Bukan main seronok dia hari tu. Walaupun berpeluh kepanasan dia tak pula merungut macam biasa. Dalam hati gue harap cepatlah selesai kami round satu zoo tanpa perlu nak singgah lama2 kat setiap cage dan nasib baik habis je ambil gambar binatang tu Alif terus bergerak ke cage lain. Mulut dia merungut setiap kali berdiri depan cage yang binatang dalam tu samada tidur atau tak muncul.

Selepas hampir sejam, akhirnya kami keluar dari zoo. Alif puas hati, Mirza langsung tak contribute apa2 sebab dia tidur dari sebelum sampai zoo, dalam zoo & keluar zoo. Langsung dia tak sedar !

Malam sebelum tidur, masa sama2 baring atas katil, Alif sebelah kanan dan Mirza sebelah kiri, Alif beritahu gue sesuatu,

"Thank you mummy, I love you".

Duhhhh, tiba2 gue rasa terharu.

4 comments:

Anonymous said...

yahoo..akhirnya dpt jugak aliff gi zoo. bila agaknya nak gi zoo negara ni??? better hurry sebelum entry fees naik ..

milan said...

wah dah makin romantik anak ko skrg ye...he..he..he..dia dah pandaila tu..jap lagi pandai kasik bunga and say..mommy u are beautiful mcm anak aku...

si Boy tu comel betulla...gebus...

sarahmirza said...

hi jerah,
takde plan nak ke zoo negara, nak ke zoo kat melaka tu jek..hehehe maybe in aug '08.

sarahmirza said...

romantik? ahaks...