Tuesday, December 02, 2008

Bila Mummy mula bermain ...

First of all, Happy National Day UAE on 2nd Dec 08.… Live United!

Hari tu dah sibukkan diri main bowling, minggu ni gue bersibuk dengan captain ball gue pula. Terasa lama sudah tak bersukan di padang, asyik2 keluar peluh kat site je. Mula2 dengar captain ball gue pun tertanya apa benda pulak game ni, selama ni tak pernah pun dengar, terasa excited nak sibukkan diri main juga la, lagipun dah lama betul tak main lompat2, lari2 kat padang. Sesekali mulakan semula pun best jugakan. Lagipun sejak Boy dah berlari, Alif dan Mirza dah pandai berkawan dan buat hal sendiri, gue rasa sudah masanya gue berkecimpung balik dengan dunia sukan gue yang sungguh OJ tak minat nak join. Mmmmm…dah dia malu dengan matahari, nak buat macam mana? Ajak main snooker bolehlah.

Seawal 7:30am Alif dan gue dah keluar dari rumah, konon2 nak sampai ke stadium sebelum pukul 8am tapi terpusing2 pula kat area stadium sebab tak jumpa gate masuk yang dah terlindung dengan signboard dan barrier construction Metro tu, kemudian dah dalam stadium kami terpusing2 pula cari kat padang mana pula dia orang berkumpul. Akhirnya jumpa juga, ingatkan kami yang lambat rupanya ada lagi yang lambat! Tapi tak apa sebab game pun start dekat pukul 9am. Semangat betul gue nak berlawan dengan team negara jiran dari Singapore & Filipina.

Tak sure berapa team bola yang main, yang gue tahu ada 3 kategori; bawah 12, Open and Veteran. Untuk perempuan pula ada satu game je, captain ball. Kami hantar 2 team untuk captain ball, yang mana akhirnya kami dapat tempat ke 2 dan ke 4. Juara Singapore Junior, kami maafkan kekalahan kami di final sebab tak boleh nak bet dengan budak2 sekolah yang bertenaga tu, team kami ramai mak orang. Anyway terror jugakan kami sebab team kami langsung tak ada training apa, setakat turun sekali kat basketball court jumaat lepas, itupun cuma 3 orang je yang datang. Betul2 main dan tahu rules game ni pun masa hari nak lawan. Amboi, main dan lawan dengan budak2 sekolah sungguh amat terasa betapa sudah lamanya kami tinggalkan zaman gemilang dulu. Dia orang banyak tenaga bermain compare kami yang mak2 orang ini BUT mak orang pun team kami semuanya ayu belaka macam dekat2 sebaya je rupanya…Hehehe, tak percaya tengok gambar; Team A in orange and team B in black.






Kalau terror cubalah teka yang mana satu mak dara dan mana satu anak dara.

Upacara ambil hadiah tak ada gambar la pula sebab gue tak larat nak tunggu, tak sabar sangat nak bersiram, habis game terus ajak Alif balik. Masa itu dia orang tengah tunggu final bola sepak kategori Open dan Veteran.

Dan lagi, sekarang ni gue taip pun macam tak betul sebab my jari tengah tangan kanan nampaknya tercedera dek main captain ball, macam terseliuh pula, rasa sakit pula bila nak gerak2 jari. Kemudian terasa tegang je urat peha ni, lama betul gue tak lompat2 macam tadi, setakat jogging2 ada la sikit2. Lepas game tadi gue ingatkan balik rumah mandi2 terus gue akan pengsan tapi nampaknya tidak, gue maintain tengok DVD Alvin & Chipmunks sambil taip entry ini. Tak terasa pula lapar walau ambil light breakfast dan makan nasi lemak masa lunch. DAN gue pun sangka Alif yang dari sampai padang sampai ke pukul 3pm bermain tak henti akan kepenatan dan terus tidur lepas mandi pukul 5pm tadi tapi nampaknya dia masih boleh bertahan sampai pukul 8:20pm sebelum tertidur dengan roti yang disapu peanut butter di tangan.

Esok kerja, ada presentation lagi khamis ini, ada update yang nak kena buat, ada … kerja boleh tahan sibuk juga tapi so far gue boleh catch up dan tak terasa tension ya amat macam kerja jadi Contractor dulu. Seronok apa jadi PMG ni.

Dan gambar last bawah ini dedicated to Jiman & Samsul; ex PD basement parking B3 to B1 level project pertama kami di Dubai ini. Wow, awesome beb! Muahahaha…


No comments: