Wednesday, December 24, 2008

dingin pagi ini, gue menaip ...

Hari ini mendung semacam, temperature 11 degree C macam seminggu 2 ini. Malam tadi lagi sejuk agaknya, basah kereta gue pagi tadi. Lama juga gue warm up engine yang kesejukan. Tak suka betul sejuk2 macam ini. AS mamat Iranian kat office gue yang dah bertahun duduk di Otawa selalu gelakkan gue yang kesejukan. DR mamat american tu pun sama, hampir setiap hari dia ke work station gue dan tanya sejuk ke sambil pegang tangan gue. Kemudian dia gelak sambil kata freezing! AS bercerita tempat dia lagi sejuk sepanjang tahun berbanding sini, kat tempat dia summer je orang buat BBQ, kat sini masa winter je orang sibuk nak berBBQ. Eh, tak kisahlah kat tempat mana sekalipun, gue memang tak suka la sejuk2 ni.

Semalam berYM dengan kawan lama, zaman sekolah dulu. Eh, sudahlah waktu sejuk2 macam ini, ajak pula gue layan luahan hati dia sampai tak masak gue malam tadi. On the way balik dari kerja gue singgah Lulu beli "nasi pulou" dengan "beef macaroni" untuk dinner heros. Sampai rumah gue panaskan semua makanan, served atas meja ala2 macam gue masak semua tu. Kemudian gue sambung berYM dengan kawan ini. Huduh betul ragam mak orang macam ini, the boys malam tadi bersukaria ala tongkang karam rumah gue dikerjakan dia orang yang happy sebab mummy kata do what ever you what to do. Selalunya gue jadi guru besar, semua kena berdisiplin. Tak apa, sekali sekala bagi chance dia orang bersukaria.

Semalam juga gue ajak beruang ke EIDA office, nak buat ID card mulanya. Pre-registration dah sebulan lebih buat via online, submission tu yang tak buat2 sebab banyak sangat masalahnya. Mula2 gue try buat appointment kat internet, memanjang tak confirm je. Alasannya ramai sangat yang cuba nak buat appointment, masalah teknikal etc. Solutionnya, kena beratur kat office EIDA seawal 7am. Mmm..apa da, nak implement system baru tapi caranya menyusahkan orang je. Entah apa motif orang bukan warganegara UAE pun kena buat ID Card? Berapa banyak dokumen nak kena ada pun tak tahu. Kami dah ada work permit, dah cop residence visa kat passport, ada Health card untuk berurusan dengan hospital kerajaan dan sekarang nak kena ada ID Card pula. Semua DUIT tu!

ID Card ni pada gue sebelum nak paksa semua expatriate buat, paksa dulu Emiratis buat. Ini tidak, dan-dan semua sekali harung kena buat before 2009, otherwise akan bermasalah nak berurusan dengan semua pejabat kerajaan. Mmmm... Emiratis ni pun sekarang ada what they called it "family book". Leceh tau, gue tak sanggup nak beratur panjang2 kat EIDA office tu, buang masa je. Baru ni dia orang extend lagi tempoh buat ID ni, dari Dec 08 dah jadi peringkat2 pula tempohnya, sampai Feb 09 bagi profesional, sampai May 09 kot bagi kategori ini dan bla..bla..bla.. seterusnya. Pagi tadi, gue tukar fikiran, tak jadi nak ke EIDA. Tak kuasa mak nak beratur tengah2 sejuk. Gue call beruang cancell, tak jadi pergi. Nanti2 je la buat ID tu.

Berbalik pada kawan tadi, nanti2 je la cerita.

No comments: