Tuesday, December 23, 2008

kisah hari ini

Gue delete slide show sebelah kanan ini, masih minat kat Eddie tu tapi ke'busy'an dan kekecewaan disebabkan hasrat nak mendengar muziknya di office tak kesampaian buat gue malas nak letak slide show dia di sini, orang kata buat semak ! Kenapa Eddie pula yang jadi mangsa sedangkan tak dapat dengar muzik dia tu bukan kecuaian dia pun? Entah, jawapan tak penting pun.

Hari ini banyak pula masa gue melayan blog ini. Bukan setakat blog sendiri je, blog orang sana sini pun gue jenguk juga. Satu kebiasaan suatu masa dahulu yang sekarang ini dah jarang gue nak buat. Rasanya sejak mengandungkan Boy gue dah hilang minat nak menjelajah dari satu blog ke satu blog. Blog sendiri pun kadang2 tak terlayan. Nak kata dahulu banyak sungguh masa free tidak juga, sama aje macam sekarang. Bila difikirkan, gue sedar jadual harian gue dah berubah sekarang ini. Rutin hidup dah tak macam dahulu, dulu tak berdisiplin, sekarang disiplin ya amat. Hehehe...

Alif cuti sekolah sekarang, winter break for a week. Macam biasa, lepas 2-3 hari tak ke sekolah, dia akan bangun awal pagi dan merengek nak ke sekolah. Aduhh, yang si adik gue dapat rasakan liat nak bangun pagi ke sekolah, si abang rajin banget nak ke sekolah. Mirza, kami dah cuba2 juga bangunkan dia awal pagi, mandi dan siap2 kan kononnya nak ke sekolah, 2 hari je dah tak sanggup nak gaduh2 dengan dia. Susah nak bangun, tak nak mandi, menangis lagi. Huwaaa... Mujur tak masukkan dia ke sekolah September lepas, kalau tidak mahunya jadi Tarzan gue setiap pagi.

Setakat ini Boy hampir ke arah Alif sikapnya. Birth date pun dah sama harapnya mudah juga meng'adjust' dia bila tiba masa ke sekolah nanti. Cuma satunya Alif mudah benar menangis, jiwa sensitif. Mummy tak boleh tinggikan suara, terus cebik mukanya. Mummy tak nak setuju dengan apa yang dia mahu/kata, akan teresak2 minta kata YA. Dah pandai merajuk, mummy suruh makan sendiri langsung di tinggalkan pinggannya di sinki. Huhuhu ...

Anak2, merekalah madu racun segala

Tiba2 gue kelaparan. Jam 4:43pm, Global Village dah start...jalan2 cari makan okey juga.

No comments: