Monday, December 22, 2008

the moment....

Entah tak ada idea nak tulis title apa. Masa tak berapa mengembirakan sekarang ini, di sini dan di tempat lain juga mungkin. Sedari awal November, banyak sangat rumors kedengaran sana sini, lagi2 selepas end year party company cancelled awal Dec lepas; last minute pula tu, a day before the event.

Gue masih blur masa itu tapi dalam masa sehari terus memahami apa yang berlaku. 2 weeks before cancellation, our Project Director CT di minta tinggalkan project dengan alasan Client, "his position is no longer required". Kali terakhir gue dengar, CT tengah cuba dapatkan tempat kat projek di Saudi. My line manager? Selepas dia transfer gue ke projek sekarang, sekali je dia datang melawat dan bertanya khabar. Kemudian hilang tanpa di kesan.. Apa status dia di company sekarang pun gue tak tahu.

Seminggu lepas end year party cancelled, keadaan semakin tak menarik. Satu demi satu projek shut down, bukan sebab Client tak gembira dengan service company kami TAPI alasannya nak cut cost. Alasan yang sama di beri masa kami diarahkan tinggalkan projek PD dengan notice 24 hours! Tak pasti berapa ramai yang dah terima redundancy letter setakat ini. Yang pasti setakat ini, my current project is THE ONLY project yang masih survive! Sebab Client kami bukan Client yang satu lagi ittew!

Masa morning coffee with HR a week ago, gue diberitahu personally, as long as your project alive, cross your finger, be happy. Aha, really? Hakikatnya 1 week before, kedatangan PD baru dengan 2 askar dia dari salah satu projek yang dah shut down tu memang menganggu konsentrasi kerja kami di sini. Sebabnya askar dia sibuk bertanya dan minta itu ini dari team kami, kononnya nak set up reporting system baru. 2 hari lepas, gue received email dari salah seorang askar ini menyatakan setinggi penghargaan kepada kami atas kerjasama kami membantu mereka sehingga mereka berjaya finalize dan submit Manual & Procedure kepada Client. Peliknya??? Sebab setahu gue yang masuk projek ini selepas hampir 5 bulan start, segala Manual & Procedure ittew dimulakan dari zero hingga ke peringkat finalize oleh RS & SR; bukan 2 askar ini! Semua orang tahu DAN semua orang tak ambil tahu email dia. Lembu punya susu, terangan sapi dapat nama. Seperti di duga, sehari selepas submission, RS dapat surat redundancy ...

Sebelum RS, 5 orang dah dapat surat yang sama. Sebelum 5 orang dapat surat, gue dah tahu position gue tak termasuk dalam proposed revised Organization Chart.

Hari ini, Client keluarkan surat terbaru cuma nakkan 5 staffs je dalam Organization Chart 2009-2010. Kelucuan sebab original contract value untuk project yang kami kena jaga ini is more than 9bil! 5 staffs je ? Hebat sungguh mereka yang terpilih ittew. Position gue tak termasuk dalam 5 orang ittew.

Ramai yang kecewa tapi apa boleh buat. Regional Director masih tak bagi apa2 kenyataan, setakat ini, selepas 6jam dapat surat tersebut DAN tiada siapa yang terima phone call dari Main Office. Patutkah gue telefon Mr. Wrong dan bertanya khabar? Mmmmm......Apapun, TUNGGU !!!!

No comments: