Monday, December 29, 2008

Wonder Bus Dubai ...

Akhirnya selepas lebih 4 tahun di Dubai, kami naik juga Wonder Bus. Dulu nak naik rasa macam tak seronok je sebab anak2 kecil lagi, sekarang walau anak2 pun masih kecil lagi tapi mereka dah tahu dan suka dapat naik Wonder Bus. Masa inilah baru seronok naik, tengok anak2 happy.

Wonder Bus ni actually bas biasa yang di modified jadi boat macam kat Australia tu. Memang pun owner ni tiru dari situ, hasil dari lawatan dia ke Australia, tercetuslah nak buat Wonder Bus di Dubai pula. Perjalanan satu trip Wonder Bus ni 2 jam, 30 minit di darat dan 90 minit di atas air. Kawasan yang di lalui dari Burjuman-Gold Souq-Creek (dalam air)-Mussalla-Burjuman.

Kami naik Wonder Bus ni masa cuti 5 hari sempena Hari Raya Haji hari tu. Planned asal nak cuti2 luar Dubai tak tercapai sebab tak sempat nak siapkan proses cop residence visa kat passport the boys dan ayah. Dah cantik kami planned tapi tiba2 entah apa silap (gue syak OJ yang dah buat silap tak dengar arahan doktor kat Hospital masa buat medical check up TAPI dia tak nak mengaku), medical report OJ tak sempat nak dapat sebelum cuti raya haji. Sudahnya tak dapat kami berjalan, dengan orang kerajaan bercuti raya sakan sampai 10hari tak kerja, kami pun jalan2 dalam Dubai ajelah. So, pagi yang indah itu, kami bangun pagi siap2 dan ke Burjuman semata2 nak naik Wonder Bus.

Sampai Burjuman, beriya kami ke office Wonder Bus, Alif dan Mirza tak payah ceritalah, excited ya amat! Nasib tak baik pula, tak ada tempat kosong, fully booked hari tu, kami tinggalkan nama dan nombor telefon, in case ada yang cancell last minute bolehlah kami naik. Jadual Wonder bus agak ketat dan trip pun limited. Sementara tunggu waktu, kami lepak di cafe bersebelahan office tu. Lagi beberapa minit waktu bas nak bergerak, kami diberitahu tak ada kekosongan. Alif dan Mirza betul2 frust masa tu, beriya nak juga naik. Nasib baik esok masih lagi cuti raya haji, so kami terus book trip esok hari seawal 9am. Nasib baik ada kosong lagi. Lega.

Esoknya, saat yang ditunggu Alif dan Mirza. Awal pagi dah bangun kejutkan mummy suruh bersiap nak naik Wonder Bus. Gambar sebelah kanan tu gambar dia orang sebelum naik bas. Sakan berposing dulu kat basement parking sementara gue siap2kan bekalan nak bawa ke dalam bas. Dan sebelum naik Wonder Bus, bukan main berposing depan bas.




Ni dalam Wonder Bus masa nak keluar dari air, masa nak masuk ke air gue tak sempat nak ambil gambar.



Alif buat muka serius pula masa kat dalam bas.



Ni dia brochure Wonder Bus. Sengaja tak nampakkan nombor telefon dia sebab tak ada komisyen. Hehehe ...

1 comment:

Anonymous said...

Dia takut kot, biasa bas jalan kat atas jalan raya.