Tuesday, December 30, 2008

Kisahnya...


Entah 2-3 hari ni rajin pula gue jenguk blog ni. Mood nak buat kerja tu dah merosot, walau tak sampai 60%, dengan situasi tak tahu apa akan jadi next month. Lepas dapat surat dari Client pasal nakkan 5 staff je untuk projek kami ni, senyap je HR. CE aka HR langsung tak datang site office sejak episod surat ke staff bermula. Ingat2 ada sekali je dia datang, itupun sebab Staff Meeting Khamis 3-4 minggu lepas. Habis meeting tak sampai sejam dia dah balik ke Main Office.

Mood orang dalam office ni pun so-so je. Gue malas nak layan, buat kerja sendiri. Ada juga kerja gue nak kena buat, saja je gue buat lambat2. Ini kali ke 5 gue buat kerja ni. Sebelum ni, paling latest sekali, gue siap kerja dan hantar draft ke ZE, belum sempat nak discuss dah dapat email baru dari Client minta revise lagi. Entah berapa kali nak revise budget dia orang pun tak tahu la. Document terbaru gue ada ni pun nampaknya macam tak lengkap, bila gue beritahu ZE kita kena sit down and discuss this, dia pura2 busy pula. Gue faham mood dia nak buat kerja dah macam tak ada, ZE lagi sibuk update CV dari fikirkan pasal kerja. Mmm...so far yang gue tahu, dia tak dapat pun surat dari Main Office. Kalau dah dapat maybe tak apalah kot nak malas2 dan buat2 takde mood nak kerja. Disebabkan orang lain ala2 malas nak buat kerja, gue terasa pula gue syok sendiri kerja. Entahlah, pada gue, gue bukan kerja dengan Client tapi dengan company yang ambil gue kerja ni. Selagi gue tak dapat apa2 notice dari company ni, selagi itu gue staff dia orang regardless Client dah tak nak gue dalam project ini. Itu yang gue faham. So, kerja je la kan...

Gue setakat ini masih macam biasa, buat2 macam biasa je walau gue sendiri tak tahu apa kisah esok lusa. Banyak sangat khabar angin yang di dengar dan kalau nak fikirkan semua memang tak boleh nak tidur malam agaknya. So, baik buat biasa2 je. Gue tak ada source yang boleh dipercayai dalam company ni, maklumlah gue baru lagi kat sini, tak kenal pun orang2 kat Main Office. Secretary yang dulu jadi informer gue, sejak dia dapat surat kadang2 je dia muncul kat office. Kalau ikut surat dia, last day dia mid January ni tapi nampaknya dah jarang dia ada. Macam ZE, sure mood kerja dia dah kurang, maybe dah level zero kot.

Tadi gue suruh JH call CE aka HR dah tanya apa nak buat next month. Nak suruh kami datang office ni ke, nak suruh kami datang Main Office ke, nak suruh kami duduk rumah tunggu gaji je ke or nak buat apa? Saja gue malas nak call sendiri sebab gue memang malas nak tanya2 ni. Dan JH bagi tahu gue, esok ada meeting dengan CE aka HR dan maybe with the Regional Director sekali. Mungkin nak beritahu status kami macam mana, mungkin nak beri surat kat gue dan orang lain, mungkin nak beritahu kami pergi Main Office bermula 2 january dan segala kemungkinan. Tunggu ajelah kan esok macam mana. Duh, macam mana dulu gue tertunggu2 offer letter dari company ni, macam ini juga dia orang buat gue, tertunggu-tunggu apa akan jadi pada gue tahun baru nanti. Mmmm..

Sudah2 cerita pasal kerja, baik tengok gambar zirafah ni, gue ambil kat zoo Al Ain masa cuti raya haji hari tu.


Yang ni gue ambil masa Alif dan Adriana tengah discuss pasal nak tengok binatang apa pula lepas ni. Penat melayan kanak2 sekalian, satu zoo Al Ain kami round, satu binatang pun tak boleh tertinggal tengok.

Sebelum kami ke zoo, kami ke Jabel Hafeet. Dari Jabel Hafeet kami berkelah kat Green Muzzarabah kat kaki gunung Jabel Hafeet tu. Kemudian baru kami ke zoo.

No comments: