Thursday, January 29, 2009

Kawan lama ... cerita baru



Kali terakhir kami bersua dan bergurau senda adalah hampir 10 tahun yang lalu, semasa majlis konvokesyen kami in August 1999. Itulah kali terakhir kami berjumpa dan itulah kali terakhir kami bersalaman, berpelukan dan mendoakan masing2 berjaya di dalam kehidupan seterusnya dunia dan akhirat. Selepas majlis konvokesyen, kami masih lagi dekat tapi jauh, bertukar cerita di cyber. DAN hari ini kami berjumpa lagi ... after hampir 10 years!

Bahiah was here dan gue gembira sempat habiskan masa sehari bersama dia dan Zeta mengelilingi Dubai. Tak banyak perubahan, rupa, style masih macam dulu cuma Bahiah nampak berisi, dah naik 20kg katanya!

Macam biasa, dah lama tak jumpa macam2 cerita keluar, macam2 cerita pasal kawan2 lain dapat tahu. Nampaknya hampir ke semua kawan2 di U dah berjaya dalam kehidupan masing2, dah berumahtangga dan berkeluarga. Ada yang masih di tempat permainan lama, Bangi dan ada yang dah bertahun2 berhijrah ke negara lain. Yang tengah study Master dan PHD pun ramai.

Untuk kawan2 yang nak tengok 'girls in dubai', hehehe... boleh jenguk facebook.

No comments: