Sunday, January 25, 2009

Menjejak dolphins ....

Kami ke Khasab, Musandam, Sultanate of Oman jumaat lepas, melihat dolphins secara live... 8 kereta terdiri dari 7 keluarga dan satu kereta orang bujang bertolak seawal 4 pagi dari UAE ke Oman.
Perjalanan awal pagi memang mudah, no traffic jam .. kami sampai ke sempadan UAE-Oman hampir pukul 7am selepas berhenti sebentar solat subuh. Pemandangan sepanjang perjalanan dari sempadan ke Khasab sungguh menakjubkan, jalan raya di bina sepanjang pantai, kawasan perkampungan aman damai tenteram dan sangat bersih dengan pantai yang terjaga rapi tanpa sampah dan hiruk piruk orang ramai. Amannya kalau duduk sini...

Gambar atas ni adalah keadaan dalam kereta pukul 5 pagi. Kami lipat seat belakang dan bentang comforter untuk the boys tidur dengan selesa. Boy kami angkat terus dari katil ke kereta, Alif dan Mirza pula sebab excited nak tengok dolphins sanggup berjaga sampai pukul 2:30 pagi tunggu nak naik kereta. Masuk kereta tak sampai setengah jam Alif dah tidur dan Mirza pula hampir pukul 3 pagi baru tidur. Gue pula, sebelum naik kereta dah tidur sebelum OJ kejutkan pukul 2 pagi dan dalam kereta pun sekejap2 tidur juga. Hehehe...


Gambar ni gue ambil masa perjalanan balik, rasanya jalan raya yang kami lalu ni adalah kawasan reclamation macam kat The Palm tu, mmmm... tengok2 structure tebing tu nampak macam begitulah. Kagum gue lihat pantai yang sungguh bersih sekali. Tak nampak pula orang berpicnic mandi manda bagai sepanjang perjalanan pergi dan balik, mungkin masa pergi masih terlalu awal dan masa balik pula sudah lewat dan baru lepas hujan.


Kami sewa dhow dengan harga yang berpatutan. Awalnya gue membayangkan naik speed boat macam kami naik dulu2 di Pangkor Laut, sehari selepas Fendy calling2 ajak kami join, gue google cari info tentang Musandam dan contact agent yang berkenaan. Nak tahu juga macam mana rupa dhow yang di hebah2kan tu dan the agent confirmed selamat nak bawa baby kecil sekali. Dalam dhow, siap carpet, bantal dan refreshment disediakan dan Boy sibuk nak jalan ke sana ke mari. Excited first time naik dhow.

Gambar sebelah ini adalah salah satu perkampungan di sepanjang pantai yang kami lalui. Gambar bawah ni pula adalah gambar dolphins yang pertama sekali gue dapat ambil mengunakan digital kamera Sony cyber-shot DAN bukan senang hokkay nak ambil gambar dolphins, ala2 pemalu pula dolphins ni. Kata mamat ala2 steward dhow tu, nak tengok dolphins banyak masa peralihan musim dari musim sejuk ke panas, agak2 dalam bulan April dan May macam itulah. Mmm, sejuk2 ni ada juga tapi kurang, dia katalah, so kalau nak sahkan ya ke tidak, nampaknya kena buat second trip masa bulan April dan May nanti kot. Siapa yang berminat nak tengok dolphins boleh plan dari sekarang, calling2 dan gue akan uruskan semuanya. Cheewah..
Dan akhirnya selepas puas sekejap ke side kanan sekejap ke side kiri dhow, akhirnya gue dapat juga tangkap gambar dolphins paling dekat sekali. Gambar bawah ni ya, sepasang dolphins berenang bersama dhow, walau sekejap tapi puas hati jugalah dapat tengok, baru tengok, kalau dapat berenang dan pegang macam dalam cerita Free Willy tu entah macam mana agaknya.


Excited betul kami dapat tengok dolphins berenang dalam air secara real. Tengok kat dolphins show tu pernah la tapi tak sebest tengok di habitat mereka sendiri.
DAN sebelum hujan di penghujung trip kami, sempat kami berposing gambar sefamili atas bot. OJ waktu ni dah mengadu terasa nak demam dan Boy pula baru je nak baik selsema dah balik semula selsemanya. Alif, Mirza dan gue maintain control macho...


Gambar bawah ini pula di ambil masa hujang gerimis baru reda dan kami kesejukan di atas bot. Nak pula Boy beramah mesra berkenal dengan mamat ala2 steward dhow ni.


Dan akhir sekali gambar pemandangan di jeti Khasab, Musandam, Sultanate of Oman di ambil sebelum kami berangkat pulang. Masa ni hujan dah reda.
Akhir sekali, thank you to all members yang bersama kami; Pakpayne & family ,Mastura & hubby, Kak Intan & hubby, Ida & family, Shiela & family, Dr. Rani & hubby and geng bujang but not available Fendy, Halim, Mazlan, CD Din, Mushil and daughter.

6 comments:

Anonymous said...

a'a bes kan akak.. kita g lg la next trip kita tido kat sana plak.. lg bes rasanya.. tp ya ampun sakit seluruh badan x hilang lg nih..padahal bukan kita yg drive, husband yg drive tu...
paling bes masa hujan renyai2 kat atas boat tu,...adagen romantik bermula keh keh keh..

Mother of Two said...

cik mas.. adengan romantik tak bleh cerita nanti boleh demam kan...btw mmg best cumer kalau kiter sleep ove lagi best tak rush sgt. amacam?? next planning??

sarahmirza said...

hikhikhik.....rasanya mcm OK je kalau ada 2nd trip.. overnite semlm 2 pun ok gak..

Chibi Maruko said...

bestnya dpt tenguk dolphin live... kalau ada gambar lain pulak, letaklah nak tenguk please...

eiyda said...

Aida..
laa eiyda baru jumpa la blog aida ni..eiyda mintak izin link jgk ok?
best kan ari tu? nanti kita pegi bermalam plk next time k..

sarahmirza said...

rasa mcm dah komen tp tak muncul pula komenku...

btw, Chibi, nak gambar ambil sendiri. Hehehe...

Eiyda, Ok..sejukk la hari ni tapi tetap best.