Tuesday, February 24, 2009

aku penCINTA kereta ?

Cerita pasal KERETA pulak ...

#My 1st CAR


I bought my first car in end 2000 after 15 months konvo dan 13 months kerja dengan satu construction company di Putrajaya, 2 bulan gap tu gue kerja jadi technician dengan satu company Singapore pakai sijil SPM. Masa mula2 kerja gue pergi balik kerja naik kapcai yamaha Y80 yang gue dah bawa sejak kat kampus lagi. Kerja beberapa bulan, gue drive kereta OJ pulak; masa tu masih cintan cintun lagi. Sebab dah ada kereta walau bukan kereta sendiri, tak ada niat pun nak beli kereta. OJ masa tu pula pergi balik kerja naik LRT, office dia dekat2 dengan KLCC dulu. Bila nak dating, gue ambil dia kat Damansara.



Suatu hari gue ikut RE Badri dan Gjah ke kedai kereta dekat Kajang. Dia orang nak beli kereta, so gue pun sibuk2 ikut nak tengok kereta. Dari deretan kereta second hand sampailah akhirnya kami masuk ke show room kedai tu, Gjah berkenan dengan Kenari. Waktu tu cuma ada model basic je, stereo pun tak ada. Lepas keluar masuk Kenari, pusing kiri kanan depan belakang akhirnya Gjah kata dia nak beli Kenari. Sebelum tu dah tengok juga kereta 2nd hand kat luar dan ada juga yang nampak OK but Gjah terus nak Kenari, ala2 jatuh cinta pandang pertama macam tu.



Masa Gjah sibuk berdiscuss dengan salesman tu, gue pula sibuk keluar masuk Kenari, belek sana sini, gue pula terasa nak beli. Habis Gjah cakap2 dengan salesman tu, gue beritahu gue nak juga order Kenari. Semua orang senyum dan RE Bad kata, cinta pandang pertama ke? Hahaha…



The next day, kami bertiga ke kedai tu lagi dan bayar down payment. Tak sampai 2 minggu salesman tu call beritahu dah boleh ambil kereta. Excited sungguh kami, RE Bad juga yang sibuk2 hantar kami ke kedai ambil kereta. Thanks Bad!



Bila balik Johor for the first time drive Kenari, gue beritahu my mak, tak sengaja beli kereta. Puas dia teka kereta apa lampu bulat, yang pasti Mercedes mata bulat memang tak ada dalam list tekaan dia. Hehehe…Ni dia my 1st car ever. Godek2 laptop lama terjumpa gambar ni taken by Alif masa cuti2 Malaysia tahun lepas.






Hujung tahun ni, cukup 10 tahun Kenari tu dalam jagaan gue selama 3.5 tahun dan balance dengan my mak. Sejak gue berhijrah ke Dubai, Kenari ni my mak bawa ke kelas mengaji, kelas masak2, ke surau, ke pasar dan mana2 la dia nak pergi. Yang bagusnya, so far tak banyak karenah Kenari ni. Masih boleh jalan sampai ke KL, JB lagi. Selagi boleh berjalan pakai je la, kot dah sesak2 sangat manalah tau, gue jual je la Kenari tu. Entah berapa agaknya harga sekarang ni.



#My 2nd CAR

Kereta kedua gue ialah Peugeot 307. Gue beli hujung tahun 2006; 2nd hand car manufactured in 2004 and in excellent condition. Harga gue beli masa tu AED 42k++; basic salary 4 bulan (masa tu lah) dah dapat kereta kat Dubai ni, kalau kat Malaysia dengan harga tu tahun 2006, 16 bulan gaji. My peugoet in Silver color dah lebih 5 kali keluar masuk Oman. Paling jauh dah sampai Muscat je, jauh dari tu tak kuasa you nak drive.



Sekarang ini gue masih drive Peugeot ini hari2 pergi balik kerja. Gue bukan jenis macam setengah orang tukar kereta je manjang, gue apa benda pun selagi boleh pakai gue akan pakai. Kalau tak caya, handphone Motorola gue ni dah pakai sejak tahun 2006, gue ingat sangat sebab dalam handphone ni ada gambar Kak Chah kat site office dated 18-Jun-06, gambar pertama gue ambil dengan kamera hp ni dan ada juga gambar gue dengan Kak Chah makan kat Kenny Rogers Syeikh Zayed Road sebelum restoren tu lesap bila tutup pun kami tak perasan. Mmmm, gue kan setia orangnya.. Lap you car! Miss you Kak Chah.



Ni dia my Peugeot. Gambar ni ambil in year 2007 depan villa Pujie nak masa tunggu nak hantar dia ke airport balik Malaysia for good.


My 3rd CAR


Kereta gue yang ke 3, Gen2. Gue beli 2nd hand dari my sister. Beli semata masa tu OJ dan the boys balik Malaysia 5 minggu awal dari gue dan mak pula dah biasa bawa Kenari, rasa tak syok pula sebab kami mak terpaksa tunggu abah hantar dia ke sana ke mari dan terhad nak buat aktiviti biasa dia. So, bila my sis offer gue sambung bayar kereta Gen2 tu, gue pun OK je. Dapatlah kami jalan sana sini berhari2 tak balik rumah my mak setiap kali balik Malaysia tanpa kacau or susahkan sesiapa. Ni tak sabar nak balik lagi ni, nak tinggalkan the boys kat rumah mak and dah planned dengan OJ drive ke Cameron Highland dengan Gen2. Lama tak jalan2 berdua.



Puas cari gambar Gen2 dalam semua laptop gue (ada 3 laptop, satu dapat souvenier dari company sebab tak bayar final settlement gue sampai sekarang. Ahaks) tapi nampaknya Alif tak berminat nak ambil gambar kereta. So gue ganti gambar kereta ini pula, my abang ipar punya kereta. Ni kereta lama dia, baru ni dia dah upgrade 5 series you..





My 4th CAR

Dan paling akhir, kereta terbaru gue. Yang ni sengaja nak beli, bukan tak sengaja macam Kenari tu. Gue beli last year sebab Alif asyik bergaduh je dengan Mirza dalam kereta, komplen sempit sebab baby seat Boy ada kat belakang passenger sit. Masa jalan2 kat Sheikh Zayed Road, kami singgah2 kat show room yang berderet kat situ, dari Land Rover sampai ke Peugeot kami tengok. Terasa nak beli Range Rover model latest masa tu siap ada GPRS built in lagi macam pakcik BU punya tu tapi akhirnya kami tersangkut kat Ford. (Padahal Range Rover tu rege dekat AED 180k you, mak tak mampu la).


Mula2 gue berangan nak beli Ford Escape tapi gue ubah fikiran, nak beli model yang tak ada jual kat Malaysia. Salesman Indian tu tunjukkan kami Flex yang pada gue hodoh ya amat kereta kotak keranda tu. Akhirnya kami pilih Edge. Mula2 pilih color dark blue tapi 2 hari kemudian kami tukar fikiran dan tukar ke orange, nasib baik salesman tu kata boleh. Within 2 weeks settle semua loan dan masa nak register kereta baru, salesman call beritahu gue kena settle kan saman speed trap peugeot sebelum dia boleh register. Check online kena AED510 saman, mmmm….


Sehari kemudian, kami ambil kereta tu. So far so good, 1st year FREE insurance, warranty 3 years or xxxxx km mileage (lupa la berapa, tanya OJ sure dia ingat sangat) and gue perasan setiap kali nak keluar Alif akan tanya nak naik kereta apa? Bila gue jawab lion car (Peugeot) dia kata tak nak la, nak naik Ford. Huhuhu, memilih sungguh budak ni.


Ini dia kereta terbaru gue. So far kawan dari Malaysia yang dah merasa naik kereta ini adalah Bahiah.



DAN ini pula, bakal kereta ke 5 gue kot kalau gue ubah fikiran balik Malaysia for good dalam waktu terdekat ini. KALAU je la, belum CONFIRM lagi. Hehehe ...


NOTA KAKI :

Untuk nama2 yang di tulis dalam entry ini:

BADri - Kanda, di manakah kau berada ? Tak rindu, teringin nak tahu je. Hahaha...

GJAH - Tahniah atas kelahiran anak ke 3, baby girl beberapa hari lalu.

PUJIE - Dah jadi tokey ikan bakar.

KAK CHAH - Masih maintain seperti dulu, happy dok Penang dekat dengan Ganu dia. Dekat la compare Ganu dgn KL.

BAHIAH - Congratulations baru dapat title Prof. Madya Dr. Bahiah at age 33 ! Wow ...

** Wakakaka, ucapan macam dorang baca blog ni. Tahu address pun tak. Ahaks.

3 comments:

puJie said...

baca oitt..mana boleh lupa best friend masa kat dubai iteww.. 1st n 2nd car tu aku dah tgk...3rd car sama dgn 4th car aku...tapi 4th car ko lebih besar dr 4th car aku...wah tak aci nie...kena usaha lebih nampaknya....4wd dlm kejaran..

sarahmirza said...

hikhikhik....mai la dtg lawat aku kat sini.. aku bwk ronda2 naik 4th car aku.

Anonymous said...

hmm... klu peugeot n ford bwk balik mesia, mummy n ayah naik kenari; aliff bw ford; mirza bwk peugeot; boy bwk gen2. bnyknye kete... Bile blik? Mak kata bln 5?