Monday, March 02, 2009

Tak puas hati ?

Rasa tak puas hati ini perkara biasa. Bila kita asyik berfikiran negative, rasa tak puas itu lama2 akan buatkan kita sakit hati. Bila kita sakit hati kita rasa nak marah orang, stress, murung etc. Kenapa pilih nak hidup dengan rasa tak puas hati? Kenapa kita tak treat rasa tak puas hati itu dengan cara positif?

Pagi2 gue dah membebel, jam baru pukul 7am. Semalam, seorang staff lama company ini meluahkan rasa tak puas hati dia dengan pentadbiran company ini. Kononnya dia dan kawan2 dia terasa dia dianaktirikan sebab mereka ke tempat kerja menaiki coaster yang di sediakan oleh company. Bila gue beritahu dia apa yang gue tuliskan macam kat first paragraph atas tu, dia jawab, "You OK la, you ada transport sendiri, lambat sikit pun tak apa, tak terasa". Mmmm ...

Kisahnya, company 3 negara ini buat rules waktu kerja 7am to 6pm, 6 days a week. Kalau ikut labor law, maksimum working hour adalah 48 hours kecuali untuk sesetengah business yang melibatkan customer service dan hospital, working hour 9 hours daily dan waktu selebihnya adalah overtime. So, sesiapa yang rasa tak puas hati dengan working hour tu bolehlah komplen ke HR, jika tiada tindakan bolehlah terus report ke Labor Office Dubai yang bagi gue begitu efficient menjalankan tanggungjawab mereka membela nasib pekerja yang di buli majikan. Ini gue tulis berdasarkan pengalaman gue berurusan dengan Labor Office di sini, pengalaman orang lain gue tak tahu.

(Jangan memain ya, company 3 negara belum tahu gue pernah buka case against my previous, previous, previous company). For me, it’s easy. You do good to people (your staff), people (your staff) will do go to you too.

Bagi sesetengah orang, berada di office selama 11 jam sehari bukan satu masalah, hanya jasad berada di office tapi kerja hanya akan bermula jam 8am dan habis jam 5pm. In between pula, tak payah tanya, rasanya semua orang tahu. Dengan kemudahan internet bagai di hujung jari, adakah staff yang asyik berkira “extra” working hours tu bekerja cukup 8 jam sehari? Gue mulanya pun tak happy dengan working hours ini BUT gue ambil secara positif, gue bangun pagi dan keluar dari rumah lebih awal dari dulu; kelebihannya dah terlepas dari traffic jam di roundabout belakang flat tu. Hampir setiap hari (so far, hari ini day 16) gue sampai office tepat jam 7am. Breakfast depan computer sambil mengarang entry blog or read and reply email or baca online paper.

Kerja office hanya akan bermula tepat jam 8am. Sama juga, petang after 5pm, gue akan buat aktiviti yang sama, tepat jam 6pm keluar dari office dan sampai rumah sebelum pukul 7pm, mandi manda, masak2 dan makan2, layan the boys dan tidur. Tak payah lagi nak buka internet kat rumah sebab kerja kat internet dah selesai di office. Hahaha …

Yang penting dalam hidup ini, nak mengekalkan rasa senang hati kita adalah dengan cara kreatif. Baru less stress less sakit hati less apapun yang negative.

3 comments:

puJie said...

ya..bravo ... wa dah berangan nak jual rumah dan buat modal jadi petani dan jadi peniaga keci-kecilan di zaman gawat nie...amacam? alasannya sebab selalu sgt dah sakit hati dgn bos gue..ehehhe

sarahmirza said...

eh, bukan ko yg jadik bos pd bos ko ke skrg? eheh....

Anonymous said...

adalah sikit2 dah dia yg suruh aku jadi bos tapi aku tak nak nanti yg busuk aku yg dpt...kalau wangi dia aje dpt..ceh! So nak pulak rasa jadi bos pada diri sendiri.

-pujie-