Saturday, March 28, 2009

rain rain...go away


Dah beberapa hari bumi Dubai di timpa hujan... bermula dengan hujan batu lewat petang Rabu, berterusan keesokan harinya, malam hari dan malam ini Dubai terus di timpa hujan. Teringat hampir 5 tahun dahulu, hari raya kedua dan pertama kali kami sambut Aidilfitri di sini, Dubai di timpa hujan batu. Waktu tu, pertama kali kami saksikan hujan di padang pasir, sengaja kami buka tingkap waktu tu dan biarkan ketulan ais masuk ke rumah, siap nak simpan buat kenangan lagi. Hahaha....kisah hampir 5 tahun yang lalu, October 2004.

Lebih setahun yang lalu, masa kami sibuk2 berurusan dengan agent flat kami tinggal sekarang, Dubai di timpa hujan berpanjangan sehingga semua sekolah di arahkan bercuti selama 3 hari. Teringat masa hari pertama hujan, Alif sampai rumah lewat lebih 2 jam gara2 kesesakan lalu lintas yang teramat tenat di kala hujan. Teringat juga, kami terpaksa berpatah balik ke flat lama dalam perjalanan nak ke flat baru ini. Teringat gue ada buat entry pasal hujan di Dubai ini DI SINI

Sejak hujan turun, Alif tiba2 sahaja ada lagu favourite... "rain rain go away, come again another, I want to go to playground..." Kebiasaan gue akan bawa Alif dan Mirza ke playground setiap petang Jumaat. Bila kerap hujan, Alif mula risau... bimbang tak ada peluang nak bermain di playground! Di sebabkan ke'biul'an Tuan Perunding di project tempat gue bekerja, Jumaat minggu ini gue di paksa bekerja. Semakin frust Alif! DAN gue berjanji akan bawa dia ke playground Sabtu pagi.

Awal pagi tadi Alif dan kejutkan gue, ajak ke playground sebelum hujan lagi. Mmm...seperti yang dijangka, Alif ingat apa yang dah dijanjikan kepada dia. So, kami ke playground juga pagi tadi, mujur tak hujan. Balik dari playground kami ke pam minyak cuci kereta, makan aiskrim dan donut dan petang tadi hujan mula turun sekejap hingga ke malam. Nampak gaya comot balik kereta. Bila asyik hujan2 ni, terasa pula macam di Malaysia... nak plan berpicnic pun macam tak syok, kot hujan di tengah picnic pulak.


DAN akhir sekali, Happy 63rd Birthday to my mom... Love you Mak.

1 comment:

NekPP said...

salam malam yg dingin! ahaks...angin berderu deru nihh..tunggu ujan batu! wakaka..

Selamat Hari Lahir "Mak" Mummy..


momma mia..