Sejak akhir2 ini, kerap juga gue singgah ke favourite spot ni. "I need some space", gue cakap pada OJ and lucky me he understand.
Sejak akhir2 ini, kesabaran gue nak melayan karenah orang2 di pejabat semakin menipis. Semangat gue bekerja semakin hampir lupus, kat paras2 markah gagal je gamaknya.
Sejak akhir2 ini, gue terasa terbeban pula bila ada teman yang calling2 dan bercerita tentang masalah dia. Oh maaf kawan, bukan gue tak mahu membantu tapi gue tak berada dalam situasi yang membolehkan gue menjadi pendengar yang setia.
Sejak akhir2 ini, gue rasakan gue harus tetap dalam membuat keputusan. Masa semakin suntuk, sudah hampir ke persimpangan maka tetapkanlah hati membuat keputusan.
DAN sejak akhir2 ini, gue sedari bahawa di masa sebegini, tak semua teman di masa gembira mampu untuk bersama menemani di kala kita dalam kesukaran.
No comments:
Post a Comment