Monday, August 24, 2009

Projek kain langsir

Fuhhh.... baru 3 hari puasa dah 60% siap curtain raya gue. Dah lama sangat tak menjahit kain langsir, kali terakhir tahun 2003 sebelum tinggalkan apartment kami di Puchong. Makcik yang menyewa sekarang bukan setakat sewa partly furnished, tilam, cadar dan kain langsir pun dia sewa sekali.

Khamis lepas gue membeli belah 12 meter kain untuk di buat langsir. Setakat langsir boleh la nak menjahit, kalau baju kurung tu kena pergi kursus dulu baru boleh buat kot. DAN dari lepas sahur Sabtu hari tu sampai la ke malam ni gue mengerjakan kain langsir tu dan hasilnya...

Ni baru 2 keping je dan gue try gantung kat sliding door master bedroom. Actually curtain ni gue nak pasang kat hall bawah, tu yang nampak labuh semacam. Misi seterusnya menjahit langsir untuk 3 panel sliding door setinggi 8 kaki 6 inci.

Apa nama kain sulam2 ni orang panggil untuk term curtain gue tak ingatlah tapi ni idea nyonya kedai kain tu la. Siap tunjuk sample kat gue macam mana nak jahit. Gue terus jahit lekat sekali dengan curtain tu so terus pasang siap. Sebabnya masa pasang rel hari tu, gue beritahu kat uncle tu pasang single rel je, so buatlah segala langsir untuk single rel.

Mesin jahit elektrik tu ehsan dari Jai. Mula2 gue nak pinjam my mak punya mesin Electrolux tapi dah Jai offer bagi pinjam dia punya, gue sapu je la... Mmmmm, bila nak kena beli mesin jahit sendiri ni?

Rasanya dah banyak masa lapang ni bolehlah gue start balik kerja cross-stitch dan menjahit ni. Syok sekarang kerja 08:30am to 17:30pm, 5 days week, no traffic jam and less headache. Berbaloi sangat hidup sekarang ni, banyak masa diperuntukan untuk keluarga dan hobi sendiri plus hampir every week dapat balik rumah mak. Oh, thanks god for rezeki yang melimpah ruah ni. Alhamdulillah...

3 comments:

Mother of Two said...

tahniah!!!
bila tgk org jahit2 langsir.. hias2
rumah sendiri... mula sedih terkenangkan rumah yg dah lama ditinggalkan...

NekPP said...

1st of all..congratz mommy!! wa cayaaa luuuu... rrr boley tempah?? ahaks ;P

ikin said...

kira terrer lah tu, pandai jahit curtain sendiri.