Saturday, August 22, 2009

Ramadhan dan H1N1


source: http://www.google.co.uk/images?q=tbn:pZE1geZ9mRnudM::rlv.zcache.com

Ramadhan tahun ni di sambut dalam kehangatan wabak H1N1 yang sedang melanda di Malaysia dan seluruh dunia. Walau dah lebih dari 60 kematian, nampak gaya mak ayah di Malaysia masih kurang peka dengan virus yang tengah melanda ni. Apa taknya, pergi je pasar malam, pasar tani, shopping complex even kat hospital pun, masih ada lagi mak ayah yang selamba je bawa anak kecil jalan sepah sana sini. Agaknya dia orang tak tahu ke kanak2 antara golongan yang berisiko dijangkitan virus ini selain dari mereka yang berpenyakit kronik, obesiti, pregnant woman dan mereka yang lemah antibodi badan ? Gue anggap "buat-buat tak tahu".

Dalam sibuk2 ni banyak email masuk ke inbox bercerita pasal H1N1... pasal konspirasi orang bukan Islam, pasal virus yang sengaja disebarkan untuk melariskan jualan ubat, pasal petua nak melawan virus ini yang dikatakan di'rahsia'kan dari pengetahuan orang Melayu etc. Yang nak beri pendapat bahawa virus ini adalah bala dari Tuhan disebabkan sikap manusia sekarang yang lebih banyak memalukan dari patut dibanggakan so far gue belum dapat lagi. Setiap malam tengok Buletin Utama kat TV3 tu malas gue nak fikirkan masalah orang Malaysia ni. Kadang2 tu keterlaluan sampai segala isu nak dipolitikkan. Bila gue cakap2 sikit, ada yang beritahu jangan percaya sangat, buang masa baca surat khabar Malaysia dan macam2 la. Hello, tak baca suratkhabar Malaysia, tak tengok Buletin Utama kat TV3 pun gue masih lagi disajikan segala cerita dan sindirian yang bermotifkan politik. Pelbagai dakyah even kat Facebook pun boleh baca, OK. Ingat gue suka? DAN gue pun tak pasti si yang sibuk ber'politik' sana sini, bercakap itu ini, kenal sangat ke orang politik yang dia banggakan tu? Dah tidur sebantal, sekatil, sebilik ke?

Eh, dah masuk pasal politik pula. Kih..kih..kih.. sorry to say, blog gue bebas dari segala unsur politik. Ok, pasal rahsia2 nak melawan virus H1N1 ini, setakat yang gue tahu dari pembacaan di Utusan Malaysia pasal jintan hitam aka habbastussawda yang di rendam air suam dan di minum setiap pagi. Yang ini diamalkan oleh orang2 sebelah arab2 sana termasuk di Makkah dan Madinah.

Ada satu email tu pula bercerita pasal pengalaman dia ada saudara mara yang dijangkiti H1N1, budak umur berapa tahun gue tak pasti tapi dikatakan budak tu survive dari virus tu selepas makan lebih dari 6 biji epal hijau dan orange setiap hari sampai demam dia berkurangan. Mmmm.... sekurang2nya 6 biji epal dan orange sehari tu gue prefer buah-buahan tu di blend jadi jus dan tambah air rebusan gula batu sure sedap kan...

source: http://www.google.co.uk/images?q=tbn:qva1wIspJU2wQM::farm1.static.flickr.com/21/37723506_6e058f1113.jpg%253Fv%253D0


DAN terakhir sekali gue dapat info dari sms, forward dari satu hp ke satu hp dan akhirnya sampai ke gue ... banyakkan bawang putih (garlic) dalam setiap masakan. Rasanya chinese yang suka makan macam ni, banyak bawang putih. Kalau bangsa yang ada pewangi badan semulajadi tu, dia orang kuat makan bawang besar dan kari. So, samada benar atau tidak, berkesan atau tidak, tak rugi pun kalau mencuba. Kita berikhtiar dan Tuhan yang menentukan.




source: http://www.google.co.uk/images?q=tbn:IR_xrsSdaMN97M::www.vuatkerala.org/static/

Apapun, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa ....

No comments: