After 22 years, gue jumpa semula kawan2 sesama belajar di sekolah rendah... thank you to Facebook, disebabkan kemudahan ini kami berjaya mengumpul walau tak semua tapi ada la juga kawan2 lama.. terasa lucu bila berjumpa semula, masing2 dah berubah... kalau dulu berbalas2 surat "cinta", bermain kejar2 di padang, gaduh2 koyak2 buku (?) pun ada, sekarang bila jumpa semula masing2 bercerita pasal keluarga, pasal kerja, pasal politik pun ada! Hahaha...
Salah seorang kawan kami berkecimpung dalam politik... ketua pemuda lagi, ewahhh...patut pun masa datang reunion tempoh hari siap berbaju batik. Ala2 YB gitu.. Ada seorang lagi tu pun mengalahkan YB jugak, siap bersamping, berkerongsang besar lagi... gaya ala2 "Orang kaya baru" tapi duit raya tak hulur pun kat bebudak yang ada...walla !
Gue macam biasa jek, sempoi.... datang pun pakai baju office sebab hari tu gue dah kerja.. Apa taknya, reunion raya ke 5... Ada sorang tu beriya cerita pasal anak dia yang tak berapa fasih berbahasa Melayu dek kerana dibesarkan di kota London.. Bila gue tanya berapa tahun kat UK? "2 tahun"... walla, i thot 12 tahun ke, kwang 3x....
Ada sorang tu, masa kecik punyalah mat skema... Setiap hari pergi sekolah rambut berminyak melekap gitu... Hari tu datang dengan rambut panjang paras bahu ala2 rockers... Macam tak caya pulak..
Ada pula yang tak padan masa kecik memang kecik, anak dia dah nak ambil UPSR (masa reunion tu) dah... Kiranya lepas sekolah umur 20-21 tahun dah kahwin dah..
Yang jadi tokey restoren pun ada... Yang best, 2-3 kali juga gue lalu depan restoren tu tapi tak pernah pulak teringin nak singgah..
Yang jadi doktor tak bertauliah pun ada.. tapi yang ni of course la tak join kita orang, dengar cerita dari kawan2 yang pernah terjumpa mereka ni la... Mmmmmm, tak sangka pulak..
Yang masih single ada tapi kebanyakannya dah berkeluarga... Best juga jumpa kawan2 lama ni... Tak semua bawa family, lagi suka datang sorang2 macam gue ni..
Macam2 ada... yang gue tak ingat langsung apa2 pasal dia pun ada tapi biasalah control konon2 ingat...
Tujuan reunion ? Errrrr, saja2 je nak ambil tahu kawan ni jadi apa, kawan tu kahwin dengan siapa, comel ke anak dia, cun ke bini dia bla....3x
Gue agak je la ....apapun, who's care..
No comments:
Post a Comment