Someone called me "Makcik Urban" or "Makcik Moden" just because gue bagi pendapat betapa salahgunanya makcik ini dengan kuasa "Syurga di bawah telapak kaki ibu".... kisah seorang makcik yang membenci anak kandungnya sebab si anak kahwin lari di Siam dengan lelaki yang sudah berkeluarga dan tak berduit, sanggup tak mengaku anak sendiri, sanggup mendoakan yang tak baik terhadap suami si anak aka menantunya, bukan sebulan dua tapi berlarutan sampai si anak melahirkan cucunya ... Logikkah pemikiran makcik sebegini?
Oh maybe si anak sudah melakukan sesuatu yang benar2 menyakitkan hati tetapi bila si anak menyesali keterlanjurannya dan meminta maaf dar si ibu, wajarkah si ibu berterusan mencerca si anak? Alasan yang diberi oleh makcik ini untuk menyokong perbuatan dia ialah, si anak telah menconteng arang ke mukanya, memalukan nama keluarga dan merosakkan hubungan dia dengan masyarakat. Ah...... itu mungkin alasan dia tetapi kalau si lelaki berkeluarga itu berharta jutaan RM, gue bet sure penerimaan makcik berbeza!
Andai betul perbuatan si anak merosakkan hubungan dia dengan masyarakat, bagaimana pula tindakan makcik sendiri yang memutuskan silaturahim dengan darah daging sendiri?
Seolah tidak cuba memujuk hati bahawa ada 2 perkara yang sudah tertulis di azali; jodoh & ajal... biarpun caranya nampak tak indah diawalnya namun jodoh sudah ditentukan... Seharusnya si makcik bersyukur, si anak tidak berterusan bergelumang dengan dosa bersama lelaki yang bukan muhrimnya....
Dan bagi si anak, tanggungjawab dia sudah beralih kepada suami... Memang dia berdosa kerana pernah menyakiti si ibu tetapi keutamaan dia sekarang adalah Taat kepada si suami. Maka biarlah si ibu dengan kisahnya sendiri....
Kadang kala kedudukan seorang ibu ini bagi gue hanyalah sekadar layak untuk panggilan "ibu" sahaja. Melampau ke tuduhan itu? Siapalah gue untuk menilai manusia... Buang yang keruh, ambil yang jernih... Apapun "hukuman" kita pada manusia lain, janganlah sampai keterlaluan.... siapalah kita nak menghukum sesama manusia... wajarkah kita sebagai ibu bapa hanya kerana ada "lesen besar" sanggup membiarkan anak2 kita berterusan menjadi anak derhaka?
Tepuk dada tanyalah iman ....ada orang pernah berkata, derhaka seorang anak adalah kerana si ibu bapa yang terlebih dahulu "menderhaka" pada si anak.... Kompleks juga hidup berkeluarga ni bila nak difikirkan sedalamnya ...
No comments:
Post a Comment