Sunday, December 02, 2007

Happy National Day

Hari ni UAE sambut National Day yang ke 36. Tak pernah pula we all nak sama2 sambut detik 12 tengah malam macam National Day kat Malaysia tu. Semalam sarahmirza demam, badan sejuk ya amat, pukul 7pm dah tergolek atas katil. Kasihan Boy sebab sarahmirza bagi dia minum susu tin malam tadi. 3 kali dia bangun & 3 kali my darling buat susu untuk dia.

Sebenarnya kami dah planned nak berjalan tapi dengan kepala masing terpusing2 je rasa, baik duduk rumah diam-diam. Lagipun Mirza batuk & selsema. Tahun ini memang banyak pula sakit kami, tak macam tahun2 lepas. Alif & my darling je maintain sihat ceria.

Jumaat lepas kami ke Abu Dhabi, berpiknik depan Marina Mall tepi tasik tu. Agaknya sebab angin sejuk tu yang buat gue demam. Lembik betul. Harapnya semakin sihat hari ini so boleh pergi kerja esok, salary day!

Sarahmirza sibuk selak paper advertisement sekarang, nak cari apartment baru.

No comments: