Saturday, December 08, 2007

Makcik? sungguh kurang sopan !

Last week kan sarahmirza pergi Abu Dhabi, balik terus demam sampai hari ni tak hilang lagi batuk selsema. Ada cerita yang nak diceritakan tapi pasal demam terlupa pula. Kat Abu Dhabi nun sana, sarahmirza terjumpa seorang budak perempuan Melayu dalam toilet (kuikuikui...macam takde tempat lain nak terjumpa) yang datang Abu Dhabi melawat dengan family dia. Agak sarahmirza umur dia dalam 16-17 tahun, peramah tak sungguh, dressing dia...mmmmmmm.....menyakitkan mata sarahmirza & orang2 tertentu jek.

Ahaks, bukan nak mengata ya tapi apasal ya budak2 sekarang suka benar nak bertindik sakan sana sini? Tak cukup kat cuping telinga yang dah sampai tak ada space lagi nak tebuk, dia tindik pula kat pusat (mestilah nampak kalau dah tersalah pilih & pakai saiz baju), kat lidah, kat hidung, kat kelopak mata tak nak ke dik ????

Tak kisah ke mak ayah dia orang dengan anak dara pakai baju macam tak pakai je ni? Dengan tindik sana sini. Eh, kalau pakai sleeveless, gue pun pakai juga dulu2 tapi masa nak pergi beach je, tempat lain TAK lagi tau. Sleeveless satu hal lepas tu skirt pendek yang dulu2 budak2 kat sekolah sarahmirza pakai masa jadi pompom girl kat sekolah tu, dia pakai buat jalan sana sini. Masa beruniform renjer pun memang sarahmirza ada juga pakai skirt tapi skirt sopan paras lutut. Hehehehehe.....Rambut macam biasa la mestilah standard berkarat, kalau tak berkarat tak boleh tau, tak up-to-date. Dulu2 masa orang sibuk mengaratkan rambut, sarahmirza sibuk memblueblackkan rambut pulak. Orang dah rambut hitam sibuk nak rambut merah, sarahmirza yang berambut tak berapa hitam tapi kemerahan ni pulak sibuk nak gelapkan rambut. Sekali je buat pun. Kali ke 2 buat tahun lepas, masa berangan nak vogue kononnya, hish......tak kuasa la ahkak. Ahkak ni malas ya amat nak bermekap bagai. Berangan kejap je sekarang hampehhhh......sib baik bedak & lipstick masih rajin nak pakai. Satu lagi, kasut dia.....boot ko.....bukan safety boot yang pakai pergi site tu, boot yang sampai lutut tuh, kalau kat Malaysia, tengah jalan2 kena kejar anjing, harus di buka boot itu untuk di buat baling ke anjing. HAHAHAHA

*********
Yang ni apa yang kami sembangkan dalam toilet...


"Makcik orang Melayu ke?" .


"Errr, excuse me, who do I look like? Your mummy?"


"Oh, sorry. You're Malaysian?".


"Ya, orang Melayu pun".


"Baby akak ke ni? Akak memang duduk sini ke kerja?"


"Iya. Duduk Dubai, jalan2 kat sini je. Nama siapa? Dari mana?"


"Timah (bg la nama samaran Melayu sikit, btw dia bg tau nama dia bunyi macam nama omputih), we all dari KL dtg makan angin".


"Ooooooo, we all tu who else?"


"Parents, brother and sister".


"OK. Mana dia orang?"


"Ada kat food court, tengah makan".


"Oh, samalah, family akak pun tengah ada kat food court sekarang ni"


Bla..bla..bla............sampai siap tukar pampers Boy.

**********

OK, balik pada anak siapa la itu kan, dengan dressing

- "ranggi macam nak pergi kelab malam"
(pangkat2 makcik dengan sarahmirza punya istilah) or


- "ala artis tempelan"
(istilah yang di pakai kebanyakan yang pangkat kakak dengan sarahmirza) or

- "dressing tak hengat dunia"
(istilah bini2 & mak2 orang sepesen sarahmirza la kot) or

- "vogue u!!!!!"
(istilah sesama dia orang la),


RUPAnya dia sedang berjalan sama-sama dengan mak ayah...Aduhai, tak marah & segan pula mak ayah dia ya. Gue yang melihat ini pula yang risau, mana tahu 15-20 tahun akan datang anak2 teruna gue kenalkan GFs dia dengan perempuan serupa itu punya dressing, mahu sakit jantung nanti di buatnya. Harapnya spesies yang berdressing lebih sopan dari sarahmirza sekarang ni masih lagi ada waktu itu. Harap gamaknya.


Actually, sarahmirza puji juga budak ni sebab dia menegur juga sarahmirza walaupun teguran dia itu mampu mengubah ceria gue dari happy ke serius. Jangan buat2 silap sebut ya dengan sarahmirza. Mentang2 gue tak berdressing hebat (konon-kononnya je pada dia), panggil gue makcik pulak. Nyampasssssssssssssssssssssssssssssss

1 comment:

Unknown said...

rabun ka hapa budak tu....mana lah sarah mirza vogue di panggilnya makcik pulak!!! hehehehe

akak la ....akak.....

dah pun, miss sarah mirza jer!!

hehehe

idham <====forever abang!