Aduhai manusia
Pelbagai karenah dan bicara
Adakala tak sedar diri menganiaya
Diri sendiri yang mudah alpa
Aduhai manusia
Tuhan berikan akal tak di guna
Bertindak mengikut perasaan sahaja
Hingga lupa matlamat hidup di dunia
Aduhai manusia
Kenapa perlu bertopengkan agama
Berbijak tentang ilmu katanya
Hakikatnya palsu belaka
Aduhai manusia
Insaflah kita
Tak selama mana hidup di dunia
Akhirat jua yang kekal selama
Friday, February 01, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
biarkan saja ayam tua berkokok, semakin lama semakin terserlah kebodohannya
Post a Comment