Friday, February 22, 2008

Alif & Chocolate cake

Hari ini awal pagi Alif dah kejutkan gue minta chocolate cake dia dan nak pergi sekolah. Gue bangun tengok jam baru pukul 6:30am. "Mummy, chocolate cake. School today.".

Setiap pagi Alif mesti sebut nak pergi sekolah. Setakat ini dia suka betul pergi sekolah, agaknya sebab sekarang dia orang tengah sibuk practice untuk concert mid term 28 Feb 08 nanti. Alif ambil bahagian tapi tak tahu dia masuk apa. Awal bulan hari tu, cikgu dia beri circulation dan called beritahu ada custome yang dia orang akan pakai untuk concert ini, harga AED70. Custome apa pun tak tahu, Alif tak cerita dan gue pun tak nak tanya, biar surprise masa concert tu nanti. Yang pasti, Alif enjoy dengan aktiviti kat sekolah dia.

Semalam Kak Y called ajak join BBQ kat park. Biasalah kat sini, aktiviti apa yang paling menarik sekali kalau bukan BBQ. Time macam ini memang sesuai sangat buat aktivti luar, nanti dah masuk summer suhu sampai 40++ degree C, duduk je rumah diam2. So, niat kami nak ke beach kat Ras Al Khaimah kami postponed, kami join BBQ dulu dengan other Malaysians. Disebabkan kebetulan peti ais rumah kami pun terpaksa di hantar ke servis centre, malam tadi gue beriya masak segala apa lauk yang dah kami beli untuk stok 2-3 hari. Ayam masak kari, ketam masak sambal, sambal udang, setengah pack wedges dan satu pack sosej. Semua kami cadang nak bawa ke park, kalau tak siapa nak makan banyak2 tu?

Berbalik cerita pasal chocolate cake Alif, dengan terpaksa rajin terpaksa juga gue layankan Alif. Awal pagi dah masak kek, macam biasa dia akan sibuk ya amat selagi kek dia tak boleh di makan. Dari mula masukkan segala bahan dalam mixer sampai ke nak sapu krim dia nak ambil bahagian. Dan akhirnya, inilah hasilnya.


Luaran semua hasil kreativiti Alif melumur topping atas kek dia. Gue tolong susun ceri je. Apa? Nak tahu resepi kek ini? Boleh, senang je. Nanti rajin gue letak resepi kat sini.

Sekarang Alif tengah sibuk makan kek dia lepas hampir 10 kali tanya dah boleh potong ke tak. Mirza macam biasa, ceri je yang menarik bagi dia, lain2 tak dapat pun tak apa. So, kek ini antara makanan yang akan kami bawa ke park nanti.

No comments: