Wednesday, November 19, 2008

Betapa gembiranya mereka dan gue ...

Setelah berbulan bulan bulan bulan dan banyak juga bulannya memandu menggunakan International Licence keluaran Malaysia yang diperakui TAK SAH diperlakukan dengan nilai selepas passport kita di cop Residence Visa, akhirnya gue dikurniakan juga lesen memandu sah dari kerajaan UAE. Hahaha...selepas datang dan dengar 4 lecture; 3 darinya disampaikan oleh lecturer dari Pakistan handsome ya amat (Huh, gue memang mata keranjang!), selepas Pass Signal Test, sabar melayan mamat Vineeth yang suka buat lawak masa nak book lesson, selepas 5.5 jam belajar memandu dengan Darlin (patutnya kena 10jam), selepas pass signal test, pass assessment test; AKHIRNYA gue lulus Road Test! Lulus lagi selepas hampir 12 tahun ada lesen memandu! Ambil masa 48 hari dari register sampai lulus!

Ada orang tak berapa tahu rasanya bahawasanya di Dubai ini, kalau dengar orang ambil Road Test untuk dapat lesen memandu sampai belas2 kali baru lulus adalah perkara biasa. Setiap kali kalau ada orang beritahu dia lulus Road Test, soalan seterusnya adalah, "Berapa kali ambil Road Test?" Gue dengan poyo jawab"SEKALI!". Ada yang senyum dan kata "Mabrur" dan ada juga yang kata "Masya Allah".

Road Test di sini tak seperti di Malaysia 12 tahun yang lalu. Dulu gue drive seorang dengan orang JPJ duduk sebelah. Gue bawa dia dari tempat test, keluar simpang, trafic light simpang 3 belok kanan, ada traffic light atas bukit kalau nasib tak baik kena stop dan jangan sampai kereta ter'reverse' masa nak gerak balik, kemudian jumpa roundabout U-turn dan balik semula ke tempat mula2. Tak cukup tu, ada parking test lagi DAN lagi kat Malaysia wajib kereta manual. Kat sini suka2 nak pilih Manual atau Automatic, route Road Test tu pula sesedap rasa ikut examiner tu, kita drive dia bagi arahan, "Junction right", "Junction straight ", "Traffic straight", "Turn right", "Roundabout U Turn", "Okey, stop at the bus stop". Hahaha, siap ingat lagi instruction examiner tu. Hehehe ...

Masa test semalam, 4 orang sama2 dengan gue dalam satu kereta; seorang Turkish, seorang Indian, seorang Pinoy dan gue. Gue dan Pinoy passed dan lagi 2 kecewa. This Pinoy pula kali ke 3 ambil exam. Kami sama2 diri kat tepi cermin kereta tunggu examiner beri kertas masing2, mula2 examiner beri kertas mereka yang tak lulus, 2 dah lepas turn Pinoy ni dia lulus. Masa tu Pinoy ni OK lagi, cuma senyum2 happy je. Gue yang last, examiner tanya

"How many times you took road test?"

"This is my first time".

"You have licence before?"

"Yes".

"Good. Pass!"

Suddenly, this Pinoy terus peluk gue sambil lompat2. Eheh, gue tergamam dan kemudian gue pun peluk juga dia yang chubby. Reaksi spontan manusia bila tahu ada orang yang sama2 dia gembira, tak kenal dan tak tahu nama pun mereka boleh kongsi rasa gembira ittew.
Bila nak masuk ke bas yang tunggu kami tepi jalan (kami tunggu turn nak test dalam bas tau!), ramai yang tiba2 jadi peramah tanya, "How?" Eheh, macam itulah betapa hebatnya bila ada lesen memandu di Dubai ini. Hahahaha...

BTW, gue sebenarnya tak berapa rajin nak drive kat sini tapi terpaksa juga sebab jarak tempat kerja dah semakin jauh dari rumah. Nak harap OJ ulang alik hantar ambil gue kan menyusahkan maka akhirnya selepas 4 tahun bermastautin kat UAE ini, memandu secara illegal, dalam keterpaksaan gue register juga kelas memandu dan ambil test untuk dapatkan lesen memandu. Macam mana pemanduan di sini? Gue bagi hint, kat sini orang kalau nak beli kereta benda pertama yang paling penting dia orang check adalah ...jeng..jeng..jeng..mestilah HON kereta mana yang paling kuat sekali !

Oh gue lupa nak scan kertas test gue. Jangan marah ya, kat situ langsung tak ada komen dari examiner. Muahaha sampai tak nampak kesalahan apa nak di tandakan. Gue tahu, selama ini gue memang pemandu yang berhemah.

2 comments:

Anonymous said...

Cayalahh!!! Msian driver passed UAE's driving test.. Bravo!

Anonymous said...

Alhamdullilah..akhirnya kawan aku dah dapat lesen memandu uae yg mmg ku idamkan dulu....Tahniah la makcik!...baik2 bawak kete tu ye.....hehehe