Sunday, November 16, 2008

Melayu yang ku kenali..

Firstly, OJ komen tajuk entry ni Over. Gue peduli apa. Hahaha...

Ok, apa nak cerita? Melayu yang ku kenali, bukan semua tapi rata2nya memilih bulu bila nak bermasyarakat dengan kita. Memilih bulu macam mana? Kira ala2 kena setaraf dengan mereka, kalau mereka rasa mereka kaya raya, mereka nak kawan dengan orang yang kaya raya or lebih kaya dari mereka; kalau mereka sederhana, mereka pilih hidup secara low profile; kalau mereka kurang berada, kebiasaannya mereka OK sahaja.


So, di mana gue berada? Gue pilih biasa2 je, dengan orang kaya gue kawan, dengan orang sederhana gue kawan dan dengan orang kurang berada pun gue kawan dan so far setakat ini gue tak kisah orang nak letak gue kat kategori kurang berada or sederhana or kaya raya. Bagi gue semua sama sebab gue berkawan tak memilih darjat dan harta.. No istilah "antara 2 darjat" bagi gue.


Dalam Forum sinun, ada seorang mamat (gue tulis mamat sebab dia jantan tapi forumers lain gelar dia Nyah! WHY? Ahaks) yang suka benar nak beritahu semua orang dia hidup kaya raya mewah segalanya. Sampai makan kat Tony Roma's pun dia nak beritahu...hahaha. Eh betul ke spelling Tony Roma's tu? Betullah kot. Belum lagi dengar dia bercerita melancong ke Rom, Paris bla..bla..bla.... shopping itu ini bagai. Eh, dia cerita je so apa sahaja yang dia cerita kami terima je, percaya atau tak lain kira. Lagipun bukannya kami kenal dia di dunia nyata, setakat kat forum je, so apa kisahkan dia nak cerita beli Singapore kat The World tu. Kami terima je.. Hehehe..


Itu kisah dunia cyber, dunia nyata pula.... Mmmmmmmm.... baru ini masa sambut raya kami terserempak dengan incident yang kami anggap memalukan. Memalukan sebab kami kenal mamat ini dari dulu, kini dan selamanya. Mamat yang kami sangat kenal, dulu jumpa kami setakat senyum macam tak nak senyum je tapi masa raya hari tu kami macam surprise pula bila dia datang ke kami siap bersalam bagai. Kami tertanya kenapa dulu hampir every week kami terserempak dengan dia tepi jalan masa nak keluar dari kereta ke pasar Ramadhan dia tak pernah pun tegur but baru sekali jumpa di tempat yang sama dengan keadaan yang hampir sama, dia nak tegur? Oh, maybe sebab raya kot but kalau raya kenapa dia tak ada pun wish Selamat Hari Raya. Dia datang hulur tangan tanya khabar dan soalan "Baru sampai?", tak ada pun nak wish raya apalagi nak maaf bagai. Mmmmm, masa bulan Ramadhan tak boleh tanya khabar dan tanya baru sampai ke? Kemudian baru kami sedar, oh masa Ramadhan dia terserempak dengan kami, kami nampak tak macam setaraf dia, masa raya hari tu nampak setaraf pula, so kena tegur. Mmmm ....


Ada lagi incident, gue calling this orang beritahu dia gue nak belajar dia lunch. Dia kata OK. So gue pun beritahu dia jumpa kat sini sekarang dan dia kata OK. Dah masuk restoren tu, dah duduk pun dia boleh cakap, "Betul ke you nak belanja ni? Standard I makan kat food court je. Tak nak makan kat food court ke?". Gulp! Eh, siapa yang nak belanja siapa ni? Adakah kata2 itu ada maksud tersirat? Gue dah beritahu awal2 dalam HP gue nak belanja lu makan, apa kes nak bagitau standard makan kat food court? Lu takut gue tak cukup duit nak bayar bil ke? Oh, please la....


Sebenarnya banyak incident yang ala2 macam contoh di atas. Sedari dulu gue anggap, "Eh, dia orang tak bermaksud nak pandang rendah kita, kita je yang terasa" but lama2 gue rasa "Ah, ada yang memang macam tu".


So kesimpulannya, gue rasa lebih senang gue berkekalan dengan status gue sekarang, low profile. Tak payahlah nak bersosial bagai di antara manusia yang memilih darjat ini. Ingat ya, ada word "di antara" bermakna gue tak menuduh semua. Gue senang dengan group yang dah gue join sekarang, tak perlu nak join group lain.

No comments: