Sunday, November 23, 2008

Bowling Tournament

Date: 21-Nov-08
Time : 1400 to 1800
Venue : Khalifa International Bowling Center, Abu Dhabi
Sejak duduk sini, sekali je gue main bowling itupun 2 games je, ,kira2 2 tahun yang lalu. Jumaat lepas gue saja2 buang masa masuk bowling tournament kat Abu Dhabi, dah beriya benar tuan penganjur buat iklan kat email akhirnya gue pun tanya dengan OJ, dia kata "masuk je la" dan gue pun terus hantar nama kat tuan penganjur, gue orang yang selepas ke 40 hantar nama. Majoriti yang hantar nama ni orang Abu Dhabi, orang Dubai tak ramai manapun; masa kat bowling center tu ingatkan nama gue tak ada sekali check, eh adalah kat lane 6.

Hari itu gue yang langsung tak ada practice dan dah lama tak masuk bowling center pun main dengan cemerlang juga. 4 games you all, letih mak melayan. First 2 games je gue semangat masuk game 3 eh, cepatlah habis.. bosan la. Dan akhirnya gue dapat no 7 rupanya, ingatkan no corot. Dapatlah hadiah medal kalung macam masa sekolah dulu, gue bagi kat Boy medal tu tapi Alif marah sebab dia kata "Ni mummy punya, jangan bagi Boboi". Hehehe..jealous la tu sebab gue tak bagi kat dia.

Tak tahulah apasal bowling tournament kureng dapat sambutan masyarakat Dubai, yang meriah orang Abu Dhabi je. Agaknya orang Dubai tak suka main bowling kot.

Wednesday, November 19, 2008

Betapa gembiranya mereka dan gue ...

Setelah berbulan bulan bulan bulan dan banyak juga bulannya memandu menggunakan International Licence keluaran Malaysia yang diperakui TAK SAH diperlakukan dengan nilai selepas passport kita di cop Residence Visa, akhirnya gue dikurniakan juga lesen memandu sah dari kerajaan UAE. Hahaha...selepas datang dan dengar 4 lecture; 3 darinya disampaikan oleh lecturer dari Pakistan handsome ya amat (Huh, gue memang mata keranjang!), selepas Pass Signal Test, sabar melayan mamat Vineeth yang suka buat lawak masa nak book lesson, selepas 5.5 jam belajar memandu dengan Darlin (patutnya kena 10jam), selepas pass signal test, pass assessment test; AKHIRNYA gue lulus Road Test! Lulus lagi selepas hampir 12 tahun ada lesen memandu! Ambil masa 48 hari dari register sampai lulus!

Ada orang tak berapa tahu rasanya bahawasanya di Dubai ini, kalau dengar orang ambil Road Test untuk dapat lesen memandu sampai belas2 kali baru lulus adalah perkara biasa. Setiap kali kalau ada orang beritahu dia lulus Road Test, soalan seterusnya adalah, "Berapa kali ambil Road Test?" Gue dengan poyo jawab"SEKALI!". Ada yang senyum dan kata "Mabrur" dan ada juga yang kata "Masya Allah".

Road Test di sini tak seperti di Malaysia 12 tahun yang lalu. Dulu gue drive seorang dengan orang JPJ duduk sebelah. Gue bawa dia dari tempat test, keluar simpang, trafic light simpang 3 belok kanan, ada traffic light atas bukit kalau nasib tak baik kena stop dan jangan sampai kereta ter'reverse' masa nak gerak balik, kemudian jumpa roundabout U-turn dan balik semula ke tempat mula2. Tak cukup tu, ada parking test lagi DAN lagi kat Malaysia wajib kereta manual. Kat sini suka2 nak pilih Manual atau Automatic, route Road Test tu pula sesedap rasa ikut examiner tu, kita drive dia bagi arahan, "Junction right", "Junction straight ", "Traffic straight", "Turn right", "Roundabout U Turn", "Okey, stop at the bus stop". Hahaha, siap ingat lagi instruction examiner tu. Hehehe ...

Masa test semalam, 4 orang sama2 dengan gue dalam satu kereta; seorang Turkish, seorang Indian, seorang Pinoy dan gue. Gue dan Pinoy passed dan lagi 2 kecewa. This Pinoy pula kali ke 3 ambil exam. Kami sama2 diri kat tepi cermin kereta tunggu examiner beri kertas masing2, mula2 examiner beri kertas mereka yang tak lulus, 2 dah lepas turn Pinoy ni dia lulus. Masa tu Pinoy ni OK lagi, cuma senyum2 happy je. Gue yang last, examiner tanya

"How many times you took road test?"

"This is my first time".

"You have licence before?"

"Yes".

"Good. Pass!"

Suddenly, this Pinoy terus peluk gue sambil lompat2. Eheh, gue tergamam dan kemudian gue pun peluk juga dia yang chubby. Reaksi spontan manusia bila tahu ada orang yang sama2 dia gembira, tak kenal dan tak tahu nama pun mereka boleh kongsi rasa gembira ittew.
Bila nak masuk ke bas yang tunggu kami tepi jalan (kami tunggu turn nak test dalam bas tau!), ramai yang tiba2 jadi peramah tanya, "How?" Eheh, macam itulah betapa hebatnya bila ada lesen memandu di Dubai ini. Hahahaha...

BTW, gue sebenarnya tak berapa rajin nak drive kat sini tapi terpaksa juga sebab jarak tempat kerja dah semakin jauh dari rumah. Nak harap OJ ulang alik hantar ambil gue kan menyusahkan maka akhirnya selepas 4 tahun bermastautin kat UAE ini, memandu secara illegal, dalam keterpaksaan gue register juga kelas memandu dan ambil test untuk dapatkan lesen memandu. Macam mana pemanduan di sini? Gue bagi hint, kat sini orang kalau nak beli kereta benda pertama yang paling penting dia orang check adalah ...jeng..jeng..jeng..mestilah HON kereta mana yang paling kuat sekali !

Oh gue lupa nak scan kertas test gue. Jangan marah ya, kat situ langsung tak ada komen dari examiner. Muahaha sampai tak nampak kesalahan apa nak di tandakan. Gue tahu, selama ini gue memang pemandu yang berhemah.

Sunday, November 16, 2008

Melayu yang ku kenali..

Firstly, OJ komen tajuk entry ni Over. Gue peduli apa. Hahaha...

Ok, apa nak cerita? Melayu yang ku kenali, bukan semua tapi rata2nya memilih bulu bila nak bermasyarakat dengan kita. Memilih bulu macam mana? Kira ala2 kena setaraf dengan mereka, kalau mereka rasa mereka kaya raya, mereka nak kawan dengan orang yang kaya raya or lebih kaya dari mereka; kalau mereka sederhana, mereka pilih hidup secara low profile; kalau mereka kurang berada, kebiasaannya mereka OK sahaja.


So, di mana gue berada? Gue pilih biasa2 je, dengan orang kaya gue kawan, dengan orang sederhana gue kawan dan dengan orang kurang berada pun gue kawan dan so far setakat ini gue tak kisah orang nak letak gue kat kategori kurang berada or sederhana or kaya raya. Bagi gue semua sama sebab gue berkawan tak memilih darjat dan harta.. No istilah "antara 2 darjat" bagi gue.


Dalam Forum sinun, ada seorang mamat (gue tulis mamat sebab dia jantan tapi forumers lain gelar dia Nyah! WHY? Ahaks) yang suka benar nak beritahu semua orang dia hidup kaya raya mewah segalanya. Sampai makan kat Tony Roma's pun dia nak beritahu...hahaha. Eh betul ke spelling Tony Roma's tu? Betullah kot. Belum lagi dengar dia bercerita melancong ke Rom, Paris bla..bla..bla.... shopping itu ini bagai. Eh, dia cerita je so apa sahaja yang dia cerita kami terima je, percaya atau tak lain kira. Lagipun bukannya kami kenal dia di dunia nyata, setakat kat forum je, so apa kisahkan dia nak cerita beli Singapore kat The World tu. Kami terima je.. Hehehe..


Itu kisah dunia cyber, dunia nyata pula.... Mmmmmmmm.... baru ini masa sambut raya kami terserempak dengan incident yang kami anggap memalukan. Memalukan sebab kami kenal mamat ini dari dulu, kini dan selamanya. Mamat yang kami sangat kenal, dulu jumpa kami setakat senyum macam tak nak senyum je tapi masa raya hari tu kami macam surprise pula bila dia datang ke kami siap bersalam bagai. Kami tertanya kenapa dulu hampir every week kami terserempak dengan dia tepi jalan masa nak keluar dari kereta ke pasar Ramadhan dia tak pernah pun tegur but baru sekali jumpa di tempat yang sama dengan keadaan yang hampir sama, dia nak tegur? Oh, maybe sebab raya kot but kalau raya kenapa dia tak ada pun wish Selamat Hari Raya. Dia datang hulur tangan tanya khabar dan soalan "Baru sampai?", tak ada pun nak wish raya apalagi nak maaf bagai. Mmmmm, masa bulan Ramadhan tak boleh tanya khabar dan tanya baru sampai ke? Kemudian baru kami sedar, oh masa Ramadhan dia terserempak dengan kami, kami nampak tak macam setaraf dia, masa raya hari tu nampak setaraf pula, so kena tegur. Mmmm ....


Ada lagi incident, gue calling this orang beritahu dia gue nak belajar dia lunch. Dia kata OK. So gue pun beritahu dia jumpa kat sini sekarang dan dia kata OK. Dah masuk restoren tu, dah duduk pun dia boleh cakap, "Betul ke you nak belanja ni? Standard I makan kat food court je. Tak nak makan kat food court ke?". Gulp! Eh, siapa yang nak belanja siapa ni? Adakah kata2 itu ada maksud tersirat? Gue dah beritahu awal2 dalam HP gue nak belanja lu makan, apa kes nak bagitau standard makan kat food court? Lu takut gue tak cukup duit nak bayar bil ke? Oh, please la....


Sebenarnya banyak incident yang ala2 macam contoh di atas. Sedari dulu gue anggap, "Eh, dia orang tak bermaksud nak pandang rendah kita, kita je yang terasa" but lama2 gue rasa "Ah, ada yang memang macam tu".


So kesimpulannya, gue rasa lebih senang gue berkekalan dengan status gue sekarang, low profile. Tak payahlah nak bersosial bagai di antara manusia yang memilih darjat ini. Ingat ya, ada word "di antara" bermakna gue tak menuduh semua. Gue senang dengan group yang dah gue join sekarang, tak perlu nak join group lain.