Monday, August 30, 2010

KL sangatkah ANDA ???

Tak pasti orang lain tapi gue kerap sangat TERkenal orang yang kalau di tanya, "Orang mana?" jawapan dia "KL" ... bila sambung2 cerita itu ini, terkeluarlah segala cerita lama2...Ohhhh, bukan orang KL pun dia ni.... Parents berumah kat Wakaf Mek Zainab sana tuh, dia pun lahir kat hospital KB, sekolah dan besar pun kat utara nun sana. 15-16 tahun study & kemudian kerja kat KL, tetiba mengaku ORANG KL... hikkkssss, ntah2 address kat IC masih lagi address rumah mak ayah.

Selama gue duduk luar dari negeri kelahiran gue, tak pernah pula gue mengaku gue orang KL or orang Selangor or sekitarnya, walaupun gue dah beli apartment kat Selangor, dah tinggal kat Selangor sejak tahun 1995 sampai 2004, pergi & balik Dubai (2004 to 2009) dan sekarang stay kat JB, mana2 jumpa orang gue kata gue orang Johor.

Sekarang ni, duduk office yang kebanyakan orangnya dulu kerja kat KL/Selangor.... ramai benar yang mengaku orang KL... Every week balik KL walaupun padahal mak ayahnya duduk Kuantan, Pasir Mas, Butterworth, Besut etc... Balik KL sebab isteri masih kerja kat KL, anak2 masih sekolah kat KL, tu bolehlah kot nak terima tapi kalangan ini pun bila di tanya orang mana? "Orang KL"... Nak tahu betul asal usul dia dari mana kena tanya, "Balik raya mana?" "Hah, yang ni susah pulak nak dengar raya kat KL rumah parents".

Yang bujang pula, pernah gue tanya, "Balik KL rumah siapa?" Dia jawab, "balik rumah sewa dulu", "balik rumah akak, abang", "balik rumah kawan2 kat KL", yang ni apa halnya tu? Orang KL ke awak?

Hishhh, janji every week balik KL... I kan orang KL !

Hikkkkssssss...........................

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem


Kami ada presentation tadi ... punyalah semalam kami berkira2 psl bakal di tembak hidup2 oleh tuan client sebab tak meet the target date tapi tak pula rupanya.... agaknya semangat menyambut bulan puasa walaupun tuan client bukan muslim pun...hikssss


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini ... semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya...


Monday, August 09, 2010

Back to SCHOOL...

Ya, gue back to school... baru masuk 2 kelas & dah ada assignment yang perlu disiapkan. Bila mula semula sekolah ni maka terpaksalah mengorbankan weekend untuk memenuhi tuntutan kelas... kalau tengok schedule kelas tu, tak hengat kelas 8 jam beb... dah macam masuk office la pulak but mujur 2 hari masuk kelas, jam 2 ptg lecturer dah bagi lepas suruh balik...

Dan bermulanya kelas maka bermulalah perjalanan gue setiap 2 minggu ke KL. Bermula waktu terhad untuk bersama the boys.. Sudahlah sepanjang minggu gue di sibukkan dengan kerja di office, hampir setiap hari balik selepas jam 7:30pm..

Kerja, sampai bila pun tak habis.... BUT apa yang gue rasakan, gue asyik disibukkan dengan segala jenis presentation ntah hapa2... Semakin kerap buat presentation, semakin banyak komen segala jenis komen dari para bijak pandai... Bijak pandai teori tapi zero pada praktikalnya... Ah, kadang2 bosan dengan non-technical bossess yang cakap2 sokmo ala2 salesman jual buku tepi jalan ni...

Sunday, August 08, 2010

Happy Birthday

Happy Birthday to Alif & Boboi ..... Aug 13th
Happy Birthday to myself .... Aug 17th

Friday, August 06, 2010

I miss my Joe Jambul !


Macam pelik jek.... After soooo many years tiba2 dia hilang! After a month, gue begitu sangat terasa akan kehilangannya... Wahhh, betul cakap orang, "kau takkan terasa betapa aku dihargai dalam hidup kau sehinggalah kau terasa kehilangan aku". Huhuhuhu...


I "met" him sometimes in end 1998 and after 12 years kami masih lagi berkawan... hanya di internet, diulangi di internet! Bila di ingatkan memang macam pelik je, kenal di internet, tak pernah berjumpa tapi sekadar melihat gambar dan hanya sekali je ber'webcam'. Cuma sejak setahun lalu kami mula sms itupun tak sampai 10 kali setahun, tak pernah mendengar suara, berkongsi banyak kisah hidup... Hanya selepas 12 tahun mengenali & memahami bahasa "bisu" masing2, dia menyatakan nak berjumpa gue semasa business trip dia di Singapore May yang lalu... betapa gue menolak dengan penuh sopan sekali memberi alasan terikat dengan deadline presentation & meeting yang tak sudah di tempat kerja.


Kadang kala gue tertanya bagaimana persahabatan kami mampu bertahan selama ini walaupun tak pernah sekalipun bersua dan mendengar suara ... lamanya persahabatan kami melebihi usia perkahwinan gue! Kami mengikuti trend masa kini tapi dalam waktu yang sama kami tak menggunakan sepenuhnya teknologi komunikasi. Teringat masa gue bercerita pada dia tentang rancangan gue nak mendaki gunung Kinabalu April lalu, buat pertama kalinya dia request sesuatu ... dan gue berjanji akan menelefon dia buat kali pertamanya jika gue sampai ke puncak. I did but sebab waktu itu terlalu awal bagi dia mungkin, jam 7:10 pagi Jumaat, dia tak sempat nak pick-up the phone but after 15 minit dia telefon gue tapi waktu itu hp gue dah kehabisan bateri. Mungkin dah ditakdirkan begitu dan gue pasrah.


Dia menegur gue di YM saban hari minggu itu tapi gue terlalu busy untuk membalas teguran dia. Bila gue kembali ke YM sebelah petang & malam, dia dah offline. Ada sekali gue berjanji akan online pagi Jumaat tapi tiba waktunya kesibukan ya amat sekali lagi membuatkan dia tertunggu2 dan akhirnya dia merajuk (?).


He sms-ed me and told me that he's out of country. Sejak dapat sms tu, no YM, no sms, nothing... I thought i am OK with that BUT ... peliknya, 2-3 hari ni gue tertanya2 what happened to him? Nak call? Nak sms? Oh, rasa ego menghalang gue untuk melaksanakannya...



Oh God, I miss my Joe Jambul !