Sunday, March 30, 2008

KePOYOan tahap Melampau

PART I:
Dah kerap pula gue tak update blog ni. Bukan tak ada idea tapi busy ya amat. Architect Beirut kat office resigned 24 hours dan kerana meluat nak tunggu architect baru yang entah bila nak start kerja (interview pun tak ada, macam mana nak ada orang baru start kerja), gue berkorban (atau terkorban?) lagi buat kerja orang lain. Kalau tak buat, tak siap kerja gue. Nasib baik bos tahu gue buat kerja orang, he said he really appreciate it. Hehehe, tahu tak apa.

PART II:
Gue malas nak melayan orang yang asyik banyak cakap tahu komplen sahaja. Komplen orang ni tak bagus la, orang ni buat kerja salah, orang ni buat kerja lambat dan macam2 komplen yang macam dalam dunia ni dia seorang sahaja yang kerja bagus. Walau dia tak pernah komplen kerja gue (setakat ini), bila dia komplen pasal orang lain pun dah buat gue meluat nak dengar. Sekali sekala tak apa tapi kalau dah asyik komplen je kita yang dengar pun meluat. Adakah kerana dia rasa dia sahaja pandai buat kerja jadi kerja orang lain salah? Sekadar melihat dengan mata kasar sahaja dah tahu salah? Amboi, terror you!

PART III:
Oh ya, gue tak sihat lagi. Hari rabu balik kerja gue demam, hari Khamis OK sikit kerja tapi balik petang tu demam semula. Hari Jumaat gue demam lagi, orang lain kerimasan sebab gue asyik switch OFF aircond, gue pulak berselubung dengan selimut. Planned nak berpoya-poya pun cancel. Lepak tengok DVD je kita orang. Makan pun main order je, my darling drive ke Tony Roma Sheikh Zayed Road, bukan sedap pun tapi gue makan juga.

PART IV:
Hari ini? Sanggup buat kerja architect, report gue terbengkalai tapi tak apa bos kata no hal. Mamat sub contractor pula buat2 lambat nak respond programme yang gue forward ke dia. Masa gue review programme dia, hari2 dia datang tanya dah siap ke belum, bila gue forward ke dia macam siput pula dia nak respond. Rasanya gue kena highlight dalam meeting hal macam ini.

PART V:
Mana ada cerita best. Layan bosan je.

Thursday, March 27, 2008

Salam takziah...

Gue dapat berita ni isnin lepas, dari seorang kawan ke seorang kawan. Maklumlah semua dah bawa diri masing2. Dia ni antara orang yang gue kenal masa mula2 sampai Dubai, orang yang banyak bagi info pasal itu ini, orang yang bolehlah kira banyak juga tolong itu ini. Dia dulu juga yang hantar ambil gue kat airport. Lepas dia balik semula ke company asal dia 2 tahun lepas, ada juga sekali sekala dia call gue tanya khabar. Sekarang ni, patutlah dah lama dia tak call, rupanya dia dah meninggal.

Al Fatihah pada Sajad. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Aminnn..

Monday, March 24, 2008

Happy Anniversary Darling!






Thanks for being a good friend

Thanks for being nice

Thanks for being with me

When I need you the most

I LOVE you hubby!



You are my best friend in the good times

My rock in times of sorrow

You are the reason for sweet yesterdays

and my promise for tomorrow...
HAPPY 7th ANNIVERSARY!





Tuesday, March 11, 2008

Tahniah !

Tahniah kepada Sy & Tini atas kehadiran 1st baby Syed Ahmad Mikhail Hayat on 08-March-08 lepas di kala ramai rakyat Malaysia sibuk mengundi.

Monday, March 10, 2008

Sendiri mahu ingat...

2 hari lepas my darling bercerita pasal seorang pak arab, nada dia bercerita macam meluat je. Kisahnya berlaku dalam lift flat kami, dari mula tunggu lift sampai masuk lift. Masa tunggu lift, perempuan arab tu dah start pandang2 my darling yang sorang2 angkat kotak pinggan mangkuk Corelle yang gue baru beli. Dalam lift, perempuan arab tu tolong press button level mana dan tegur sapa my darling. Pak arab suami dia masa tunggu lift punyalah mesra gurau senda dengan isteri dia, bila tengok isteri dia tegur my darling, dalam lift tu juga dia membebel bahasa arab kat isteri dia, siap nada marah2 macam tak puas hati je, jealous agaknya.

My darling kata, "Bini baru tegur lelaki lain depan mata dia dah jealous. Yang dia ke hulu ke hilir mengorat dan bawa perempuan apa dia ingat bini dia tak pandai jealous juga? Memang kena bini dia buat macam tu, sendiri makan pengat sendiri mahu ingat la."

Tak sengaja gue tergelak, tahu juga dia pasal pengat tu. Hehehe..

Saturday, March 08, 2008

BBQ lagi !

BBQ lagi! Hujung2 musim sejuk ni memang syok berpiknik. Semalam kami berpiknik lagi kat tepi cornice belakang rumah kak L. Planned awal nak ke Al Mamzar beach tapi disebabkan ramai sangat orang berpiknik sampai parking lots pun penuh, terpaksa kami tukar port ke tepi cornice. Lagi best pulak sebab parking kereta kat situ, bentang tikar sebelah kereta macam tu je. Dengan kereta sekali berBBQ.

4 keluarga berpiknik, reserved mama & papa Aryan tak join sebab ada hal. Papa Aryan ada hal lain katanya. So, kak L, Mar, Zu, kak An & family masing2 je la yang ada sama. Macam biasa, hidangan style pot luck tapi kak L pesan kat gue tak payah bawa apa2, bawa nasi lemak semata & bawa perut. Lain2 semua dia dah settle kan. Tapi macam biasa, setiap 2 kali jumaat gue memang kena masak kek untuk Alif, so gue bawa kek sekali. Kali ni Alif kata ‘white cake’ tapi sebenarnya nama kek tu ‘french vanilla’. Beriya you all gue buat kek ni semata-mata Alif kata dia dah boring makan kek coklat. Gambar tak sempat nak ambil sebab gue kelam kabut kemas barang dan bawa berpiknik, sampai sana pula sibuk borak je terus lupa.

Macam biasa, Alif jadi camera man. Macam biasa juga, macam2 gambar dia ambil dan banyak yang gue kena edit.



1st gambar ni gue yang ambil sebaik je sampai dan siap2 bentang tikar. Mirza tidur dalam kereta selepas penat tanya bila nak sampai. Hampir setengah jam kita orang berpusing-pusing cari parking at Al Mamzar Beach dan akhirnya terpaksa puas hati picnic kat belakang rumah kak L je.


Mak2, bapak2 dan sebahagian anak2 yang tengah melepak. Sebelah kanan sekali tu bapak paling rajin sekali mengipas hidupkan api untuk BBQ.





Bila malam menjelma.




Duduk dalam gelap.
Gue terperasan, setiap kali ambil gambar, Alif suka fokus ke sesuatu benda. Contohnya macam gambar ni.


Lampu kereta


Thursday, March 06, 2008

Alif's concert


Terasa lama pula tak update blog. Banyak nak diceritakan tapi kemalasan tu berada di tahap melampau sekarang ni. Sejak khamis lepas gue tidur awal, seawal Boy. Bangun pula macam biasa juga. Makan malam pun tak sempat apalagi nak memasak segala. Lelaki2 di rumah gue bagi makan nasi dengan chicken kaddai yang gue tapau dari kedai Pakistan.

Khamis lepas kami ke konsert Alif. Teringat zaman sekolah dulu ada satu hari yang di sebut hari kantin. Hari di mana kita orang budak2 sekolah sibuk jual macam2 makanan dan jual beli pulak guna kupon. Macam itu juga la kaedahnya kat sekolah Alif hari tu, pukul 4pm dah start berjual beli makan2, lepas maghrib pukul 6:30pm start konsert. Punya la sabar tunggu turn Alif naik pentas, dari satu show ke satu last2 Alif naik juga pentas jadi turtle. Hehehe, kelas dia buat tarian little mermaid, life underwater. Disebabkan pentas ni kat open space, mak ayah orang lain sibuk penuhkan tepi2 pentas dan depan pentas duduk bawah nak tengok dari dekat. Tak dapat gue nak sibukkan diri ke depan ambil gambar dari dekat, dari seat baris ke 3 dari depan je la ambil gambar.








Barisan pengacara malam itu. Yang hujung tu Yana.





My little turtle



Dwarf. Gambar Snow White tak sempat nak ambil pulak.



Beauty and the beast.


Cepatnya masa berlalu, kadang2 terasa macam tak percaya je dah turn gue ke sekolah tengok konsert anak. Next semester kami cadang nak masukkan Mirza pula ke sekolah. Kalau ikut sekolah sini, dia memang dah boleh masuk sekolah pun. Next August dah cukup 3tahun 2 bulan umur dia, dah memang patut masuk kelas KG1. Masa Alif dulu kami sengaja lewatkan setahun sebab biasalah, anak sulung ni orang kata semuanya eksperimen. Dari pengalaman besarkan anak sulung ini la kami belajar besarkan anak ke 2 dan 3. Seawal 3 tahun, risau gue nak lepaskan Alif ke sekolah sendiri, apalagi nak hantar dia naik bas ke sekolah. Sampai umur dia 4 tahun, awal semester ke sekolah, pergi balik sekolah kami hantar dan ambil sendiri, masuk semester 2, tengok dia OK dan boleh nak berkawan baru gue bagi dia naik bas ke sekolah. Itupun lepas tanya Alif sendiri dia nak naik bas ke tidak dan dia mengangguk nak. So hari pertama semester ke 2, macam biasa hantar dia ke sekolah dan terus register dan bayar yuran bas sekolah. Siap pesan lagi kat Alif, “hari ini balik school naik bas dengan uncle Francis”. Malam tu, bangga sungguh Alif beritahu gue dia balik sekolah naik bas dan sejak itu setiap kali bangun pagi dari hari Ahad sampai ke Sabtu dia akan cakap nak ke sekolah naik green bus. Kalau kat Malaysia, rasanya takkan terlintas langsung dalam kepala nak biarkan anak2 gue pergi balik sekolah naik bas, walau bas sekolah sekalipun. Oh tidak, biar gue hantar dan ambil dia orang sampai habis sekolah darjah 6. Malaysia tak selamat!

Alif, sibuk dia nak bergambar dengan logo sekolah dia.