Monday, March 30, 2009

Like A rose...

Lama dah delete background lagu dalam blog ni... bila kak Y tanya macam mana nak letak lagu kat sini, teringat dulu2 masa baru2 kenal blog... soalan yang sama gue tanya kat orang.

Link sudah ditawarkan, cuba jaya ya kak Y...




Like A Rose - A1

And as I look into your eyes
I see an angel in disguise
Sent from God above
For me to love
To hold and idolise

And as I hold your body near
I'll see this month through to a year
And then forever on
Til life is gone
I'll keep your loving near

And now Ive finally found my way
To lead me down this lonely road
All I have to do
Is follow you
To lighten off my load

You treat me like a rose
You give me room to grow
You shone the light of love on me
And gave me air so I can breathe
You open doors that close
In a world where anything goes
You give me strength so I stand tall
Just like a rose

And when I feel like hope is gone
You give me strength to carry on
Each time I look at you
Theres something new
To keep our loving strong

I hear you whisper in my ear
All of the words I long to hear
Of how you'll always be
Here next to me
To wipe away my tears
And now I've finally found my way
To lead me down this lonely road
All I have to do
Is follow you
To lighten off my load

You treat me like a rose
You give me room to grow
You shone the light of love on me
And gave me air so I can breathe
You opened doors I closed
In a world where anything goes
You give me strength so I stand tall
Within this bed of earth
Just like a rose

And though the seasons change
Our love remains the same
You face the thunder
When the sunshine turns to rain
Just like a rose

You treat me like a rose
You give me room to grow
You shone the light of love on me
And gave me air so I can breathe
You opened doors I closed
In a world where anything goes
You give me strength so I stand tall
Within this bed of earth
Just like a rose

You give me strength so I stand tall
Within this bed of earth
Just like a rose

Saturday, March 28, 2009

rain rain...go away


Dah beberapa hari bumi Dubai di timpa hujan... bermula dengan hujan batu lewat petang Rabu, berterusan keesokan harinya, malam hari dan malam ini Dubai terus di timpa hujan. Teringat hampir 5 tahun dahulu, hari raya kedua dan pertama kali kami sambut Aidilfitri di sini, Dubai di timpa hujan batu. Waktu tu, pertama kali kami saksikan hujan di padang pasir, sengaja kami buka tingkap waktu tu dan biarkan ketulan ais masuk ke rumah, siap nak simpan buat kenangan lagi. Hahaha....kisah hampir 5 tahun yang lalu, October 2004.

Lebih setahun yang lalu, masa kami sibuk2 berurusan dengan agent flat kami tinggal sekarang, Dubai di timpa hujan berpanjangan sehingga semua sekolah di arahkan bercuti selama 3 hari. Teringat masa hari pertama hujan, Alif sampai rumah lewat lebih 2 jam gara2 kesesakan lalu lintas yang teramat tenat di kala hujan. Teringat juga, kami terpaksa berpatah balik ke flat lama dalam perjalanan nak ke flat baru ini. Teringat gue ada buat entry pasal hujan di Dubai ini DI SINI

Sejak hujan turun, Alif tiba2 sahaja ada lagu favourite... "rain rain go away, come again another, I want to go to playground..." Kebiasaan gue akan bawa Alif dan Mirza ke playground setiap petang Jumaat. Bila kerap hujan, Alif mula risau... bimbang tak ada peluang nak bermain di playground! Di sebabkan ke'biul'an Tuan Perunding di project tempat gue bekerja, Jumaat minggu ini gue di paksa bekerja. Semakin frust Alif! DAN gue berjanji akan bawa dia ke playground Sabtu pagi.

Awal pagi tadi Alif dan kejutkan gue, ajak ke playground sebelum hujan lagi. Mmm...seperti yang dijangka, Alif ingat apa yang dah dijanjikan kepada dia. So, kami ke playground juga pagi tadi, mujur tak hujan. Balik dari playground kami ke pam minyak cuci kereta, makan aiskrim dan donut dan petang tadi hujan mula turun sekejap hingga ke malam. Nampak gaya comot balik kereta. Bila asyik hujan2 ni, terasa pula macam di Malaysia... nak plan berpicnic pun macam tak syok, kot hujan di tengah picnic pulak.


DAN akhir sekali, Happy 63rd Birthday to my mom... Love you Mak.

Tuesday, March 24, 2009

Each Year... I Fall In Love Again With You



Every Year

Every year that I'm with you
Is been better than before;
It's hard for me to imagine
How I could love you more.

Every year you've graced my life
Has been full of happiness;
I love your caring face, your voice,
Your tender, sweet caress.

Every year when this day comes,
I'm filled with love and pleasure;
Happy Anniversary, darling

My joy, my delight, my treasure.

By Joanna Fuchs
Happy 8th Anniversary Darling!

Wednesday, March 18, 2009

Bukannya aku tak sudi...

Minggu ini je dah beberapa kali dapat SMS dari kawan ni, email pun ada sekali dua dia hantar. Ada masa nak je ikut rasa hati TAPI banyak masa memikirkan apa kesan dari keputusan ikut perasaan ini.


Bukannya aku tak sudi ...


TAPI ...


Friday, March 13, 2009

Alif's concert....mar 09

Kali ke 2 buat show kat concert tahunan sekolah. Tahun lepas Alif jadi turle, tahun ini ....






Terasa macam baru semalam keluar masuk ICU tengok Alif duduk bawah lampu sebab jaundice masa umur 3-4 hari dulu. He turn to 6 this coming August, I wonder where did the time go ?


Monday, March 09, 2009

I am not impressed!

Judging people, judging others capabilities...

Ini bukan kisah gue, tau la gue pun baru je join company baru. Ini kisah di projek kami ini .. (kena catu, kot borak2 dalam ini ada pulak kena saman nanti. Hahaha)

Nampaknya target nak siapkan projek ini sebelum habis probation period gue kat company ini tinggal angan-angan jek.

Kalau ikut cogankata “Malaysia BOLEH!”. Memang boleh pun JIKA company tempat gue kerja ni banyakkkkkkkkk DUIT dan mewakili Contractor yang buat structure, buat architecture, buat MEP, buat ID dan kerja Authorty bagai pun dapat kat kami! Pendek kata satu projeck satu package untuk satu company, Testing and Commissioning pun tak perlu panggil Authority. Hah kalau macam tu, hari ini dapat LA esok bawak 1000 to 2000 labors kerja terus pulun kerja round the clock setiap hari kecuali Friday.

Kalau asyik dok lagu macam sekarang ni ... nak gantung duct atas angin ke?

I am not impressed BUT who care ?

Saturday, March 07, 2009

06.03.09 UAQ

Seperti yang diceritakan hari tu, kami ke Umm Al Quwain untuk sama2 join Malaysians ke Island Escapade anjuran Malaysian UAE-PRO yang dipengerusikan oleh Pakpayne . Semua acara berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang incident yang tidak di ingini. Berapa jumlah yang ikut serta tak dapat dipastikan tetapi memang meriah dengan gurau senda dan sessi kenal orang baru dari seluruh pelusuk UAE.

Kami bertolak dari rumah jam 7:15pm, singgah Lulu beli apa2 yang patut untuk di BBQ malam itu. Sampai ke Palma Beach resort dalam pukul 9pm, check-in, guling2 kejap atas katil dan terus ke tempat BBQ yang dah start sejak petang tu, di villa no. 59 sampai ke midnite.

Seawal 6am kami dah bangun dan bersiap2. Macam biasa Alif senang je nak bangun pagi bila di ingatkan nak naik boat dan ke beach. Boy macam biasa, gue tukarkan pampers dan seluar je tapi dia terjaga juga dan terus excited bila lihat Alif dah siap mandi dan pakai baju. Mirza seperti biasa, juara tanpa bertanding menangis di awal pagi.


Ni gambar dekat pintu masuk resort lepas breakfast dan check-out. Masa ni tunggu OJ cari parking tempat sesuai sebelum naik bot. Bawah ini 'bilik' yang kami sewa semalam dari belakang facing ke swimming pool. Mulanya nak berBBQ kat belakang ini je tapi bila dengar villa Izam sedang buat BBQ masa kami sampai, terus kami join ke sana. Gambar masa BBQ tak ada sebab gue sibuk makan dan bakar kambing n ayam.



Alif dan Mirza excited tunggu nak naik boat bersama uncle Ju.


Alif, Boy and Mirza sedang sibuk buat hal masing2 sementara tunggu boat bergerak.






Antara yang sama2 ke pulau, masa ni tengah sibuk tengok pertandingan tarik tali. Tak banyak ambil gambar sebab gue sibuk ke sana ke mari tengok dan join games. Menang bowling pantai, kalah kat game captain ball dan galah panjang. Hehehe ...

Sampai rumah malam tadi, teringat CM Nabil suruh datang kerja esok. Apa kejadah gue nak kena kerja masa Public Holiday ni, lepak kat rumah lagi best.

... zzz ...

Tuesday, March 03, 2009

This weekend ...



Sabtu ini public holiday sempena Maulud Nabi di sini... Khamis petang Jumaat, gue akan ke Umm Al Quwain check in di satu resort sebelum berpoya2 di private island esok harinya. Semalam dah gue canangkan pada the boys kita akan naik boat dan main sand kat beach, macam biasa dia orang "hooray!". So 3 hari ini sampai ke Friday senang gue nak mendisiplinkan the boys tidur awal setiap malam, siapa notty tak nak tidur awal mummy cancell pergi beach. Hahaha ...










Monday, March 02, 2009

Tak puas hati ?

Rasa tak puas hati ini perkara biasa. Bila kita asyik berfikiran negative, rasa tak puas itu lama2 akan buatkan kita sakit hati. Bila kita sakit hati kita rasa nak marah orang, stress, murung etc. Kenapa pilih nak hidup dengan rasa tak puas hati? Kenapa kita tak treat rasa tak puas hati itu dengan cara positif?

Pagi2 gue dah membebel, jam baru pukul 7am. Semalam, seorang staff lama company ini meluahkan rasa tak puas hati dia dengan pentadbiran company ini. Kononnya dia dan kawan2 dia terasa dia dianaktirikan sebab mereka ke tempat kerja menaiki coaster yang di sediakan oleh company. Bila gue beritahu dia apa yang gue tuliskan macam kat first paragraph atas tu, dia jawab, "You OK la, you ada transport sendiri, lambat sikit pun tak apa, tak terasa". Mmmm ...

Kisahnya, company 3 negara ini buat rules waktu kerja 7am to 6pm, 6 days a week. Kalau ikut labor law, maksimum working hour adalah 48 hours kecuali untuk sesetengah business yang melibatkan customer service dan hospital, working hour 9 hours daily dan waktu selebihnya adalah overtime. So, sesiapa yang rasa tak puas hati dengan working hour tu bolehlah komplen ke HR, jika tiada tindakan bolehlah terus report ke Labor Office Dubai yang bagi gue begitu efficient menjalankan tanggungjawab mereka membela nasib pekerja yang di buli majikan. Ini gue tulis berdasarkan pengalaman gue berurusan dengan Labor Office di sini, pengalaman orang lain gue tak tahu.

(Jangan memain ya, company 3 negara belum tahu gue pernah buka case against my previous, previous, previous company). For me, it’s easy. You do good to people (your staff), people (your staff) will do go to you too.

Bagi sesetengah orang, berada di office selama 11 jam sehari bukan satu masalah, hanya jasad berada di office tapi kerja hanya akan bermula jam 8am dan habis jam 5pm. In between pula, tak payah tanya, rasanya semua orang tahu. Dengan kemudahan internet bagai di hujung jari, adakah staff yang asyik berkira “extra” working hours tu bekerja cukup 8 jam sehari? Gue mulanya pun tak happy dengan working hours ini BUT gue ambil secara positif, gue bangun pagi dan keluar dari rumah lebih awal dari dulu; kelebihannya dah terlepas dari traffic jam di roundabout belakang flat tu. Hampir setiap hari (so far, hari ini day 16) gue sampai office tepat jam 7am. Breakfast depan computer sambil mengarang entry blog or read and reply email or baca online paper.

Kerja office hanya akan bermula tepat jam 8am. Sama juga, petang after 5pm, gue akan buat aktiviti yang sama, tepat jam 6pm keluar dari office dan sampai rumah sebelum pukul 7pm, mandi manda, masak2 dan makan2, layan the boys dan tidur. Tak payah lagi nak buka internet kat rumah sebab kerja kat internet dah selesai di office. Hahaha …

Yang penting dalam hidup ini, nak mengekalkan rasa senang hati kita adalah dengan cara kreatif. Baru less stress less sakit hati less apapun yang negative.