Tuesday, December 28, 2010

Patah Hati... ada ubatnya ?

Ada orang setiap kali bila bersedih atau susah hati, dia akan pergi makan... makan untuk menenangkan perasaan... dalam makan2 tu, seharusnya kita kena tahu makanan apa yang patut di pilih untuk 'mengubati' diri..... Gue dapat nasihat dari seseorang pasal pemakanan kala stressed ni....

Kalau sebelum ni gue ada buat entry pasal melt away stress daily calming lotion untuk mereka yang stressed.... so entry ini gue bagi tips makanan terpilih untuk mengubati hati kot2 ada yang sedang patah hati bak lagu allahyarham Sudirman tu.....


Sup Sayur



Ini salah satu makanan hangat yang dapat menenangkan suasana hati yang murung. Satu mangkuk sup sayur hangat mampu mengembalikan semangat yang hilang.



Hot Chocolate



Adunan coklat hitam dalam secawan susu panas tanpa lemak seperti susu soya atau susu almond mampu membuat mood lebih stabil.



Turkish Pepper


Kandungan protein dan serat dari lada sangat baik untuk memperbaiki suasana hati. Rasa pedas yang ditimbulkannya boleh menimbulkan kehangatan.



Yogurt




Yogurt boleh menjadi pilihan pengganti ais krim. Campurkan buah dan sirup ke dalam yogurt untuk memancing semangat di awal hari.




Teh





Kajian dari University College London menunjukkan minum teh hitam empat kali sehari selama enam minggu mengurangi hormon kortisol yang mencetus stress. Manakala teh hijau mengandung theanin, yang meningkatkan relaksasi di otak.

Lastly, mind setting, goal setting !

Monday, December 27, 2010

Patah Hatiku .......


Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan




Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan




Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan




Hendak diulang... Hendak diulang
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan




Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang( 2 X )




Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya




Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir




~Allahyarham Sudirman~

(Credit to Koleksi Lirik Lagu Melayu)



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



Apa ubatnya??



You've got mail!



Teringat dengan ex boss lama dulu, J. Lambert, every time gue minta permission nak balik awal or nak keluar sekejap masa office hour, dia akan tanya soalan, "have to or not? If you say 'have to', you should go"...


I have to create new email because my current email dah macam rubbish bin! Spam emails, facebook emails yang merata...as of today, gue ada more than 3,141 unread emails! Not saying that gue akan ignore the current email but for any official & 'keep-in-touch' with friends, gue pakai email baru dan yang sedia ada facebook/groups emails tu biarlah kat email ala2 rubbish bin tu...

So my new email address is abcxyz$#$^@yahoo.com

Friday, December 24, 2010

Office story

Gue cuti 1 week baru ni.... walau bos belum approve pun cuti yang gue apply sebab bos sendiri masa gue apply cuti tu dia tengah bercuti, habis cuti pergi training kemudian sambung cuti lagi... Approve atau tak approve, cuti gue tetap juga akan 'burn' 8 hari sebab yang boleh di bawa ke tahun hadapan maksimum 7 hari sahaja.... Disebabkan payah sangat nak bercuti, tengok2 hujung tahun gue ada balance 15 hari cuti... takkan nak bagi free 8 hari kat company? Manyak chantekkkk...

Isnin ni gue masuk kerja sehari untuk apply online balance cuti 4 hari. Disebabkan krismas jatuh pada hari sabtu, maka hari ini (iaitu jumaat) memang sudah declare cuti. 4 hari cuti sudah di ambil maka gue akan sambung lagi 4 hari esok... BOS? Cerita nanti2 la.....

Hari tu sebelum cuti sempat gue bergossip dengan A pasal department kami. Apalagi topik yang nak disembangkan selain dari ... dot..dot..dot.... Sebenarnya dah banyak betul yang gue rasa macam tak betul jek pasal orang2 kat tempat kerja gue ni.... Lama dah gue terasa tapi gue diamkan je sebab beranggapan maybe gue je yang terasa macam tu TAPI semakin lama benda tu semakin terserlah maka mulalah gue jinak2 bergossip dengan siapa lagi kalau bukan radio hit fm kat office! Muahahaha.....

Gue terasa something wrong with this boss sebab 1st time meeting dengan dia & A, cara dia bertanya A buat gue rasa tak puas hati....WHY? Gue yang sama2 berada dalam meeting tu terasa sangat yang this bos seolah macam under-estimate kemampuan si A handle that project BUT time tu gue diamkan je sebab waktu tu gue pun tak berapa kenal dia sepertimana dia tak kenal pun gue. Hari demi hari, selain dari meeting, few occassion lain pun gue dah ada sense yang mengatakan bahawa boss ni memang perasan dia dan orang dia je yang bagus... Gue cakap kat seseorang tapi orang tu pula beritahu gue sebaliknya.... ehh dia baguslah, dia OKlah... so gue diam je la....

DAN sekarang, apa yang gue rasakan 'something wrong with him' rasanya ada betulnya.... Bila mengira2 berapa orang staff yang dah resign selama gue kerja di company ni, terbaru gue dapat info bahawa ada antaranya angkara si boss ini... Mmmmmm, teringat post dulu2 gue pasal why-did-you-leave-your-job... I have reason why I left my job ... popular quote, "people never leave the company but they leave the management!"

People come, people go,the company never lose... Hello sapa kata??? When people leave, they bring all their contact, their knowledge, their art & what left all history... So, pandai2 la sesiapa yang nak kena study history tu ya.... Nasiblah......

Thursday, December 16, 2010

I Want To Know What Love Is

True love that spans time, that awakens our hearts to live again, to look into the future with hope.....


Foreigner (Live 2002)

Monday, December 13, 2010

I lost my camera's charger

Entah mana cicirnya.... maybe kat Armada? or maybe kat Puteri Resort? Gue bermatian sangkakan tercicir di rumah Tok Mak....tapi nampaknya hampa sebab memang tak ada pun!

Makanya terpaksa cari charger baru (kalau ada jual charger jek) or beli kamera baru yang chargernya sama. Agaknya model terbaru Sony Cyber Shot sama ke charger dengan Sony Cyber Shot keluaran tahun 2005 ?

Sunday, December 12, 2010

Zoo KL V. Zoo JB

Kami ke Zoo JB Sabtu baru ni ... Walaupun keluasan zoo JB agak kecil berbanding zoo KL tu TAPI segalanya hampir sempurna di zoo JB. Ada bilik air yang mencukupi, ada tempat makan yang selesa, pilihan makanan yang banyak, ada tempat ambil foto dengan haiwan liar, ada pertunjukan binatang, ada playground, ada pond boleh naik cycling boat .... pendek kata yang tak ada kat zoo JB ni cuma 'train' macam kat zoo KL tu. Kalau nak suruh bagi rating mana yang bagus, gue pilih zoo JB!

Tiket masuk zoo KL 10x lebih mahal dari tiket zoo JB. Makan dan minum dalam zoo KL pun serba serbi mahal dan keterlaluan. Apa taknya, aiskrim yang di jual RM2.50 kat luar, dalam zoo KL yang tak selesa tu di jual dengan harga RM4.50. Aiskrim bodoh2 yang 1-2 scoop tu pulak tak silap gue RM5.50 harganya. Mineral water yang sepatutnya harga RM1.50 pun di jual dengan harga RM3 tak silap. Sudahlah tu, buka gerai kecil kat sebelah kandang zirafah & kuda belang, tak ada pula tempat nak duduk kecuali tempat duduk kat stesen 'train' terbiar. Why gue kata terbiar? Sebab train kat zoo KL tu tak stop kat setiap perhentian, hanya hentian terpilih je kita boleh turun dan naik, so stesen yang lain tu gue anggap sebagai terbiar la. Kalau nak kata tempat rehat, kena la ada bilik air yang sempurna berdekatan. Ini nak cuci tangan lepas makan aiskrim pun kena pergi belakang gerai yang tak semenggah mana dan langsung tak ada rupa tempat basuh tangan. Setakat paip sebatang bawah pokok tepi longkang.. Hishhhhh, buat malu je, sudahlah tiket masuk mahal TAPI semuanya menghampakan!

Zoo JB pula, tiket masuk RM3 je bagi orang dewasa dan RM2 bagi kanak2. Kat dalam zoo tu, selain dari haiwan liar dan jinak, ada juga tempat makan yang selesa yang ada macam2 benda yang boleh di order, rojak petis pun ada hokkay! Selain tu, ada juga pond yang mendamaikan mata memandang, ada playground tempat budak2 bermain selepas penat berjalan satu zoo dan paling penting kemudahan asas macam bilik air tu, ini mesti kena ada dan bersih selesa. Sudahlah tiket jauh lebih murah, keadaannya pula sangat memuaskan.. sure la orang puas hati. Kalau dengan kemudahan sebegitu dan harga tiket dalam belasan RM, gue anggap biasa aje tarafnya... TAPI bila harga tiket sangatlah murah dan kemudahannya pula memuaskan maka sure la gue cukup berpuas hati.

Cuma bandingkan kemudahan zoo yang tiket masuk RM 25 dengan kemudahan zoo yang tiket masuk RM3...

Apapun, andai gue kena entertain kanak2 or orang tua dari luar negara ke zoo, takkan gue bawa dia orang ke zoo KL tu... buat malu aje. Setakat 'train' yang tempat menunggunya pun tak disediakan tempat duduk dan air cond, dengan harga aiskrim yang tak munasabah maka sekian, terima kasih...

Tuesday, December 07, 2010

Bye bye Joe Jambul !

Tetiba gue dapat sms dari Joe Jambul.... 3 ayat dia, "u still there?" Ewahhh, apa kelas gue kena jawab ke?

DAN gue abaikan sms dia tu ... Why? Mmmmmm, entah....

Monday, December 06, 2010

Pembaziran .....

Sejak berulang alik ke KL hampir setiap minggu ni, setiap kali lalu di plaza tol tak kisahlah tol Plus ke, tol LDP ke, tol Kesas ke, gue perhatikan sesuatu yang gue anggap sebagai satu pembaziran yang terlampau. Pembaziran kepada tenaga yang sepatutnya disalurkan dalam industri lain api di sia-siakan di pondok tol sahaja. Tertanya pula gue, kenapa tukang hulur tiket tol dan tukang pungut duit tol terdiri dari kalangan muda belia yang sempurna sifatnya? Kenapa bukan pakcik pertengahan umur macam pakcik guard yang biasa kita tengok tu? Kenapa bukan makcik cleaner kat shopping complex tu ke? Kenapa bukan golongan2 yang cacat anggota? Kenapa mesti pemuda "harapan bangsa" ? OR dah takde harapan pun?

Kenapa eh?

Friday, December 03, 2010

Internet oh internet ... salah siapa?

Dah lama gue tinggalkan habit membaca blog orang..kalau dulu, sehari 2-3 blog gue baca, yang biasa baca, yang kadang2 baca, yang 1st time nak baca pun ada... Kadang cerita lawak, kadang cerita sedih belaka, kadang cerita ntah hapa2... Baru2 ni 2-3 minggu lepas rasanya gue ada TERbaca blog seorang pakcik tua yang merepek meraban cerita pasal kisah cinta.... macam kasihan pula bila baca dan terus membaca... kasihan kat orang yang ketagih perhatian orang!

Kemudian gue TERbaca pula kisah mamat jual gelang sakti pulak... yang ni bukan kat blog la but kat forum gossip.. siap ada print screen facebook mamat ni lagi pasal dia dok mengutuk orang lain yang kononnya buat fitnah kat dia.... Err sapa baca paper tau dah kisahnya, macam la semua orang bodos... cukuplah ramai orang diperbodohkan dengan gelang sakti dia tu.. Andai betullah pakai jek gelang tu sakit itu sakit ini boleh baik macam cerita kat testimonial ciplak dia dari website lain tu, boleh tutup hospital gamaknya, hokkay! hihihihi.....Ironiknya, ada yang percaya dan sanggup berhabis kerana gelang sakti itu. Kasihan!

Baru2 ni gue jumpa kawan lama yang merungut tentang anaknya yang tak boleh dipisahkan dari komputer berinternet dan playstation. Tak cukup tu, dia merungut juga tentang anak yang masih tak berapa kenal huruf apatah lagi membaca. Rungutan dia berkisar pada betapa "bahaya"nya internet, sistem pembelajaran di sekolah, tentang yuran mahal yang tak setimpal hasilnya dan 3x.. Pendek kata, apa yang sedang berlaku yang berkaitan dengan keluarga dia adalah berpunca dari persekitaran, pada kelemahan cikgu yang mengajar, pada itu pada ini.. Yang tak salah cuma dia sahaja! Sempat juga dia menambah pada gue yang dia akan mansuhkan internet di rumah sebab anaknya dah mula pandai buka website yang tak sepatutnya. Oh, betapa bersalahnya internet sehingga di banned!.

Banyak kebaikan internet dan masih ada keburukannya... Internet menyatukan manusia melalui apa yang orang kata facebook, friendster, twitter bla3x, internet memberi info terkini kepada manusia, internet juga memudahkan urusan dunia manusia... Gue tak berminat nak senaraikan keburukan internet sebab bagi gue, bukan salah internet jika moral manusia semakin rendah nilainya, bukan salah internet bila anak2 kecil mudah terdedah pada anasir2 tak bermoral, bukan salah internet jika suami & isteri bercakaran dan bercerai berai. Kesalahan adalah di tangan manusia, sikap kurang tanggungjawab and or tak peka mereka kepada persekitaran mereka, pada aktiviti anak2 mereka dan taatnya mereka pada tuntutan agama...

Memang senang nak menyalahkan "siapa" dan "apa" bila berlaku perkara yang tak kita ingini.. Lagi sadis bila salahkan kerajaan bila anaknya lari ikut mamat Bali... Muahahaha..